Sumbangan ini dapat memberikan kelegaan dan keringanan kepada para penerima. Senyuman yang diukir sudah pastinya membuat kita semua gembira, bukan sahaja di dunia, insyaAllah di akhirat sama.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
“Barangsiapa yang memberi makan kepada seorang mukmin hingga membuatnya kenyang dari rasa lapar, maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu surga yang tidak dimasuki oleh orang lain.” (HR Thabrani)
Daripada Abdullah Ibnu Amru RA, bahawasanya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW : “Apakah amalan terbaik dalam Islam?” Baginda bersabda: “Memberi makan dan memberi salam kepada orang engkau kenal serta orang yang engkau tidak kenali.”
Sumbangan ini akan diberikan kepada keluarga asnaf, ibu/bapa tunggal, asnaf, anak yatim dan orang tua di sekitar Johor.
InsyaAllah, sumbangan ini dapat memberikan kelegaan dan keringanan kepada para penerima. Senyuman yang diukir sudah pastinya membuat kita semua gembira, bukan sahaja di dunia, insyaAllah di akhirat sama.