BERSATU BANTU IFTAR RAMADAN DI SURAU KAMPUNG KELANTAN

Dimulakan pada:
13 Feb, 2025
BERSATU BANTU IFTAR RAMADAN DI SURAU KAMPUNG KELANTAN
98.50%
RM985
/RM1,000
43
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Kami mengalu-alukan sumbangan dari anda untuk diagihkan kepada masjid dan surau di kampung terpencil. Jangan biarkan mereka berbuka dalam kesedihan, sedangkan kita mampu mengubahnya.
Kami ingin mengajak anda semua untuk bersama-sama menjayakan sumbangan berbuka puasa di masjid-masjid terpilih di Kelantan, dengan harapan tiada yang perlu berbuka dalam kelaparan. Melalui sedikit sum...
Kami mengalu-alukan sumbangan dari anda untuk diagihkan kepada masjid dan surau di kampung terpencil. Jangan biarkan mereka berbuka dalam kesedihan, sedangkan kita mampu mengubahnya.


Kami ingin mengajak anda semua untuk bersama-sama menjayakan sumbangan berbuka puasa di masjid-masjid terpilih di Kelantan, dengan harapan tiada yang perlu berbuka dalam kelaparan. Melalui sedikit sumbangan ikhlas dari anda, kita dapat menyediakan juadah berbuka yang lebih baik untuk mereka.



Ramadan tahun lalu, kami telah berjaya memberi sumbangan kepada 6 buah surau dan masjid terpilih di daerah Machang dan Tanah Merah. Semoga tahun ini kita dapat membantu lebih banyak masjid supaya yang berada di pelosok kampung dan selalu terpinggir dari mendapat bantuan dapat merasa pada tahun ini.



Kebanyakan kampung terpencil ini mempunyai masjid atau surau yang sederhana sahaja. Malah, ada yang terlalu uzur dan perlu dibantu. Keadaan atap bocor membiarkan air hujan menitis ke lantai, dinding kayu yang dimamah usia mulai mereput, dan permaidani lusuh yang sudah bertahun-tahun digunakan masih setia menjadi alas sujud.



Tabung masjid dan surau yang ada tidaklah banyak kerana penduduk kampung sendiri hidup dalam serba kekurangan. Justeru, sumbangan anda amatlah diperlukan untuk memberi sedikit sinar kebahagiaan kepada jemaah sekitar. Semoga tiada yang ketinggalan untuk merasa juadah berbuka di bulan Ramadan ini.


Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Mar 26, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Mar 26, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 25, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Mar 25, 2025
ZULKEFLI BIN MOHD SAID
Menyumbang sebanyak RM5.00
Mar 25, 2025

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Others

Kempen yang mungkin anda berminat

ABDUL HARUS SEGERA MENERIMA RAWATAN KANSER KULIT YANG DIHIDAPINYA
Kempen Sumbangan Tamat