SUMBANGAN DANA DERMASISWA ENDOWMEN PELAJAR UMT 2021

Dianjurkan oleh:
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
Dimulakan pada:
10 Jun, 2021
SUMBANGAN DANA DERMASISWA ENDOWMEN PELAJAR UMT 2021
1.43%
RM2,147
/RM150,000
71
penyumbang
-
baki hari

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
Sumbangan.com

Tentang Kempen

Bantu Lebih Ramai Pelajar b40 Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Mendapat Bantuan Pendidikan Melalui Dermasiswa Endowmen UMT.
DERMASISWA ENDOWMEN UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)Dermasiswa Endowmen UMT adalah merupakan salah satu kategori penajaan dana endowmen UMT berbentuk bantuan kewangan minima sebanyak RM3,000.00...
Bantu Lebih Ramai Pelajar b40 Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Mendapat Bantuan Pendidikan Melalui Dermasiswa Endowmen UMT.

DERMASISWA ENDOWMEN UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)


Dermasiswa Endowmen UMT adalah merupakan salah satu kategori penajaan dana endowmen UMT berbentuk bantuan kewangan minima sebanyak RM3,000.00 setahun (bersamaan RM250.00/sebulan). Bantuan ini akan ditawarkan kepada pelajar yang layak, bertujuan untuk membantu meringankan keperluan pembelajaran dan sara hidup pelajar sepanjang tempoh pengajian.


Pemilihan pelajar yang layak adalah berdasarkan kepada beberapa kriteria antaranya pendapatan isi rumah kurang daripada RM4,000.00 sebulan (Kategori B40), status dan latar belakang keluarga pemohon samada yatim piatu dan sebagainya serta status tajaan pembiayaan pengajian pemohon.


Inisiatif ini sangat-sangat memerlukan dana tambahan kerana lebih 80% orang pelajar yang memohon adalah dalam kategori B40. Pada tahun 2020, pelajar yang memohon adalah seramai 2916 orang namun pihak UMT hanya mampu memberikan tawaran ini hanya kepada 33 orang sahaja akibat dana yang kurang. Oleh itu, sumbangan daripada orang ramai amatlah digalakkan bagi membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan ini.


Cadangan pemberian Dermasiswa Endowmen UMT 2021 untuk memenuhi sumbangan ini adalah:


1. RM120,000.00 untuk 10 orang pelajar sepanjang pengajian (4 tahun pengajian)
2. RM30,000.00 untuk 10 orang pelajar pada 1 tahun pengajian


Walaubagaimanapun, pemberian dana ini akan disesuaikan mengikut jumlah kutipan dana yang diperoleh melalui sumber sumbangan.com ini.


LATAR BELAKANG DERMASISWA ENDOWMEN UMT


Dermasiswa endowmen mula ditawarkan kepada pelajar bagi kemasukan sesi 2017/2018 dengan jumlah agihan RM63,000.00. Manakala bagi kemasukan sesi 2018/2019 jumlah sumbangan dana telah meningkat dan membolehkan sejumlah RM220,500 dana dermasiswa endowmen ditawarkan kepada pelajar pra-siswazah. Tawaran ini telah dimanfaatkan kepada 27 orang pelajar yang layak berbanding hanya 8 orang pelajar sahaja telah diagihkan pada sesi 2017/2018 yang lalu.


Kepada dermawan yang berminat untuk menyumbang, boleh salurkan sumbangan anda dengan menekan (SUMBANG SEKARANG).


Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Suriani/Ridhwan : 09-668 5092/4302.


Semoga setiap sen yang anda kongsikan diterima Allah dan menjadi amal jariah yang berpanjangan. Terima kasih kami ucapkan.



#DermasiswaEndowmenUMT

#UniversitiMalaysiaTerengganu

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

RAHIMAH MOHD NOH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 09, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 09, 2022
NAJIHAH ZAINAL
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jun 09, 2022
ABC ABC
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 09, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 03, 2022

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Others

Kempen yang mungkin anda berminat

SUMBANGAN REHAL BAGI DIGUNAKAN DI MASJID DAN MADRASAH
DANA MEMBAIKI MASJID KARIAH MAJAU NEGERI SEMBILAN
MASJID AL HUDA PERLU DI BAIK PULIH UNTUK BERIBADAH
RAYUAN INFAQ PEMBINAAN TAMBAHAN SURAU JUMAAT
INFAQ MENUKAR KARPET BARU DI SURAU KAMPUNG NYALAU YANG USANG
Kempen Sumbangan Tamat