Kebanyakan golongan miskin yang terdedah kepada ketiadaan sekuriti makanan dan akan terus kelaparan disebabkan tidak mempunyai keupayaan mendapatkan makanan dalam tempoh masa sementara atau panjang.
Abu
Hurairah RA menyebut Nabi SAW bersabda: “Tiada suatu pagi (hari) pun yang
dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa: Ya
Allah! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya). Malaikat satu lagi
berdoa: Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan (sedekah dan kedekut)
kemusnahan.” (HR Bukhari dan Muslim).
Kebanyakan
golongan miskin yang terdedah kepada ketiadaan sekuriti makanan dan akan terus
kelaparan disebabkan tidak mempunyai keupayaan mendapatkan makanan dalam tempoh
masa sementara atau berpanjangan apatah lagi waktu atau kini Negara sedang
bergelut dengan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.
Keadaan
ini meggambarkan bahawa ia bukan disebabkan oleh tiada bekalan makanan namun
disebabkan ketiadaan akses untuk mendapatkan makanan. Ketidakupayaan
mendapatkan makanan menyebabkan ketidakcukupan makanan yang boleh membawa
kepada masalah kebuluran dan kematian.
Golongan
sasaran adalah untuk menerima pemberian gerobok rezeki ini adalah :
a)
Kanak-kanak yatim, piatu,
b)
Golongan yang kehilangan rumah disebabkan oleh diberhentikan kerja,
c)
Wanita yang tidak mempunyai kemampuan untuk menyara diri sendiri,
d)
Pekerja asing yang tinggal di pusat perlidungan,
e)
Ibu tunggal yang terpaksa menyara keluarganya dan
f)
Warga tua yang tidak mempunyai ahli keluarga.
Abu
Dzarr berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Senyummu kepada saudaramu ialah
sedekah bagimu, kamu memerintah kepada kebaikan dan melarang kemungkaran ialah
sedekah, kamu memberi petunjuk kepada seseorang sesat di jalan ialah sedekah;
kamu melihat kepada seseorang yang tidak dapat melihat dan menolongnya sedekah
bagimu, kamu menghilangkan batu, duri dan tulang di jalan ialah sedekah bagimu
dan kamu memasukkan air daripada timbamu ke timba saudaramu sedekah bagimu.”
(HR Tirmizi)
Gerobok rezeki memberi sumbangan yang sangat besar kepada masyarakat khususnya
kepada
golongan miskin dan yang kurang berkemampuan.