Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM1,176 / 23.52 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
46 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Abu Hurairah RA menyebut Nabi SAW bersabda: “Tiada suatu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa: Ya Allah! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya). Malaikat satu lagi berdoa: Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan (sedekah dan kedekut) kemusnahan.” (HR Bukhari dan Muslim).
Kebanyakan golongan miskin yang terdedah kepada ketiadaan sekuriti makanan dan akan terus kelaparan disebabkan tidak mempunyai keupayaan mendapatkan makanan dalam tempoh masa sementara atau berpanjangan apatah lagi waktu atau kini Negara sedang bergelut dengan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.
Keadaan ini meggambarkan bahawa ia bukan disebabkan oleh tiada bekalan makanan namun disebabkan ketiadaan akses untuk mendapatkan makanan. Ketidakupayaan mendapatkan makanan menyebabkan ketidakcukupan makanan yang boleh membawa kepada masalah kebuluran dan kematian.
Golongan sasaran adalah untuk menerima pemberian gerobok rezeki ini adalah :
a) Kanak-kanak yatim, piatu,
b) Golongan yang kehilangan rumah disebabkan oleh diberhentikan kerja,
c) Wanita yang tidak mempunyai kemampuan untuk menyara diri sendiri,
d) Pekerja asing yang tinggal di pusat perlidungan,
e) Ibu tunggal yang terpaksa menyara keluarganya dan
f) Warga tua yang tidak mempunyai ahli keluarga.
Abu Dzarr berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Senyummu kepada saudaramu ialah sedekah bagimu, kamu memerintah kepada kebaikan dan melarang kemungkaran ialah sedekah, kamu memberi petunjuk kepada seseorang sesat di jalan ialah sedekah; kamu melihat kepada seseorang yang tidak dapat melihat dan menolongnya sedekah bagimu, kamu menghilangkan batu, duri dan tulang di jalan ialah sedekah bagimu dan kamu memasukkan air daripada timbamu ke timba saudaramu sedekah bagimu.” (HR Tirmizi)
Gerobok rezeki memberi sumbangan yang sangat besar kepada masyarakat khususnya kepada golongan miskin dan yang kurang berkemampuan.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 13, 2021
NUR MUNIRAH EMIR YAHAYA
Menyumbang sebanyak RM25.00
Sep 13, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Sep 13, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Sep 13, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Sep 13, 2021