BANTU MASYARAKAT TERJEJAS TERUSKAN KEHIDUPAN

Dianjurkan oleh:
PERTUBUHAN MIHRAB
Dimulakan pada:
06 Sep, 2021
BANTU MASYARAKAT TERJEJAS TERUSKAN KEHIDUPAN
100.10%
RM5,005
/RM5,000
123
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Sampai bila kita nak berpeluk tubuh melihat masyarakat kita dalam kesusahan, kepayahan walaupun untuk sesuap nasi? Mengeluh dan menuding jari tidak akan menyelesaikan masalah.
Alhamdulillah usaha Pertubuhan Mihrab sebelum ini dapat dimanfaatkan oleh lebih daripada 50 buah keluarga yang sangat memerlukan barang-barang keperluan asas. Tetapi, masih ramai lagi saudara kita...
Sampai bila kita nak berpeluk tubuh melihat masyarakat kita dalam kesusahan, kepayahan walaupun untuk sesuap nasi? Mengeluh dan menuding jari tidak akan menyelesaikan masalah.

Alhamdulillah usaha Pertubuhan Mihrab sebelum ini dapat dimanfaatkan oleh lebih daripada 50 buah keluarga yang sangat memerlukan barang-barang keperluan asas. Tetapi, masih ramai lagi saudara kita yang menunggu ihsan dan simpati daripada kita bagi meneruskan kehidupan. Sesungguhnya memberi makanan pada insan yang memerlukan sangat besar ganjaran nya disisi Allah SWT. Seorang lelaki juga pernah bertanya kepada Nabi SAW:

"Perbuatan apa yang terbaik dalam Islam?"

Nabi SAW menjawab,

"Kamu memberi makanan kepada orang lain" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).



Mungkin nampak kecil bagi kita, tetapi sangatlah berharga bagi mereka.  Justeru itu, Kempen Hapus Bendera Putih ini diwujudkan bagi menimbulkan kesedaran dan kepekaan kita terhadap kesusahan dan kesempitan yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang terkesan diluar sana. Matlamat utama kempen ini adalah untuk mengurangkan angka mangsa kebuluran tanpa bantuan. Kami menyasarkan bantuan untuk 1000 keluarga.



Ayuh bersama-sama kami, kita mengambil peranan untuk membantu mengumpul dan mendapatkan sumbangan dan kita merealisasikan kempen ini.



Berikut adalah butiran kos yang diperlukan:

Tajaan 1 keluarga RM100. Pek barangan asas yang mengandungi:

Beras 5kg, telur sepapan, kicap 1 botol, tepung gandum 1kg, gula 2kg, garam, biskut 1 pek, minyak masak 2kg, sardin 1 tin, bihun 1 pek, sos cili 1 botol, serbuk kopi, maggi 1 pek, susu pekat 2 tin, sos tomato 1 botol dan milo 250g.

(Harga bergantung kepada kedai runcit)

 

KOS KESELURUHAN YANG DIPERLUKAN



RM100 x 1000 keluarga = RM100,000


Ayuh, marilah kita bersama-sama menjayakan kempen ini bagi meringankan beban mereka yang memerlukan. Setiap sumbangan anda kami dahului dengan ucapkan jutaan terima kasih dan semoga anda diberi kesenangan dalam setiap usaha yang telah dicurahkan.


Laporan Kempen

04 Oct 2021

Agihan bantuan keperluan asas telah disampaikan kepada penduduk sekitar batu muda seramai 25 buah keluarga pada 30/9/2021 oleh sukarelawan Pertubuhan Mihrab.



Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 06, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 05, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Oct 04, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 03, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 03, 2021

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Others

Kempen yang mungkin anda berminat

MASJID AL HUDA PERLU DI BAIK PULIH UNTUK BERIBADAH
INFAQ BINA MASJID NURRAHMAN
RAYUAN INFAQ PEMBINAAN TAMBAHAN SURAU JUMAAT
DANA MEMBAIKI MASJID KARIAH MAJAU NEGERI SEMBILAN
BERSEDEKAH AL QURAN UNTUK PELAJAR DI BALAI PENGAJIAN DARUSSALIM
Kempen Sumbangan Tamat