INFAQ BEKALAN MAKANAN DI PALESTIN RAMADHAN 1445H

Dimulakan pada:
28 Mar, 2024
INFAQ BEKALAN MAKANAN DI PALESTIN RAMADHAN 1445H
100.23%
RM3,007
/RM3,000
70
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Ayuh rakyat Malaysia, saudara di Gaza memerlukan bantuan kecemasan terutamanya sokongan kewangan untuk bantuan makanan dan minuman menjelang Ramadhan. Jom bantu mereka!
Dalam kita bergembira menyambut bulan Ramadhan, jangan kita lupa akan saudara kita di bumi Palestin yang masih meneruskan perjuangan mereka untuk mempertahankan tanah suci tersebut bagi seluruh umat I...
Ayuh rakyat Malaysia, saudara di Gaza memerlukan bantuan kecemasan terutamanya sokongan kewangan untuk bantuan makanan dan minuman menjelang Ramadhan. Jom bantu mereka!


Dalam kita bergembira menyambut bulan Ramadhan, jangan kita lupa akan saudara kita di bumi Palestin yang masih meneruskan perjuangan mereka untuk mempertahankan tanah suci tersebut bagi seluruh umat Islam di dunia. Dengan sekatan yang dikenakan dan juga kekurangan bantuan, maka menjadi tanggungjawab kita untuk menyumbang apa yang kita mampu agar kita tidak terkecuali dalam memastikan perjuangan tersebut akan dapat diteruskan.



Antara usaha kita bersama dalam memastikan kita dapat menyumbang dan membantu sedikit kepada saudara kita di sana.



PENDERITAAN SAUDARA KITA DI SANA TERUS MENJADI-JADI APABILA PUAK ZIONIS TERUS MEMBUNUH TANPA BELAS KASIHAN.


Jauh dari sudut hati kita semua umat Islam sangat mengharapkan agar gencatan senjata yang dalam tempoh yang lama dapat dilaksanakan agar saudara kita di sana dapat menyambut bulan Ramadhan dan Syawal ini dengan lebih tenang. Bukan itu sahaja, kita juga mengharapkan agar lebih banyak bantuan yang telah kita salurkan tersebut mudah dan lancar masuk ke dalam Palestin sebagai manfaat saudara kita di sana.



Dengan sokongan dari masyarakat khususnya kita di Malaysia, kita dapat membantu mangsa di Gaza menghadapi cabaran yang sukar dan memberikan mereka harapan untuk pemulihan dan kehidupan yang lebih baik. Sumbangan kewangan anda adalah langkah penting ke arah membantu mereka yang sangat memerlukan. Terima kasih atas sokongan anda.


Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

31 Mar 2024

Alhamdulillah sumbangan yang sangat-sangat lancar dan InshaALLAH menjelang akhir Ramadhan mungkin sasaran kita akan dapat dicapai dan penyaluran segera segala sumbangan para dermawan selama ini akan kita salurkan kepada saudara kita di bumi Palestin.


Doa daripada saudara sekalian juga penting agar sumbangan kita ini dipermudahkan masuk ke sana tanpa ada halangan.

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM150.00
Apr 05, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Apr 05, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 05, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 05, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Apr 05, 2024

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Others

Kempen yang mungkin anda berminat

Tiada kempen dijumpai

Kempen Sumbangan Tamat