Melalui program ini, seramai 200 penerima dari kalangan Asnaf, kumpulan B40 dan Keluarga Ibu tunggal serta Muallaf yang memerlukan bantuan di sekitar Lembah Klang akan menerima pelbagai jenis bantuan
Infaq Jumaat
Asslamualaikum W.B.T.
“Sesungguhnya orang
terbaik di antara kalian adalah orang yang memberi makan.” (HR. Thabrani).
Seorang
laki-lai bertanya kepada Nabi SAW, “Perbuatan apa yang terbaik di dalam Islam?” Nabi
SAW menjawab, “Kamu memberi makan kepada orang lain.” (HR.
Bukhari dan Muslim).
“Dianjurkan
memperbanyak sedekah dan beramal soleh di hari Jumaat atau malam Jumaat.
Memperbanyak Solawat kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam di malam
atau siang hari Jumaat berdasarkan hadis: “Sesungguhnya hari yang paling afdhal
adalah hari Jumaat. Kerana itu, perbanyaklah membaca Solawat untukku. Kerana Solawat
kalian diperlihat kepadaku.” (al-Iqna’, 1/170)
Sebagai
menyahut seruan Nabi Muhammad S.A.W. yang menyatakan bahawa pada hari Jumaat
sebagai hari yang paling adfhal, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia
terpanggil untuk melaksanakan Program Infaq Jumaat yang akan dilaksanakan pada setiap
hari Jumaat.
Melalui
program ini, seramai 200 penerima dari kalangan Asnaf, kumpulan B40 dan
Keluarga Ibu tunggal serta Muallaf yang memerlukan bantuan di sekitar Lembah
Klang akan menerima pelbagai jenis bantuan setiap minggu.
Oleh itu,
pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama
menjayakan program ini demi manfaat penerima-penerima sumbangan / bantuan dan semoga
sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.
Terima Kasih.