Semoga sedekah saudara/i ini dilipatgandakan kebaikan serta diluaskan rezeki sebanyak-banyaknya oleh Allah.
Berkata Saiyidina Ali R.A; “Jika aku dapat mengumpulkan rakan-rakanku atau satu sha’ dari makanan, lebih utama lagi bagiku daripada aku memerdekakan seorang hamba sahaya.” Saiyidina...
Semoga sedekah saudara/i ini dilipatgandakan kebaikan serta diluaskan rezeki sebanyak-banyaknya oleh Allah.
Berkata Saiyidina Ali R.A; “Jika aku dapat mengumpulkan rakan-rakanku atau satu sha’ dari makanan, lebih utama lagi bagiku daripada aku memerdekakan seorang hamba sahaya.” Saiyidina Ibnu Umar R.A pula berkata; “Antara tanda kemuliaan seseorang ialah makanannya ketika dalam pelayaran dan tidak lokek memberikannya kepada rakan-rakannya.”
Para sahabat Nabi S.A.W dahulu kala sering berkumpul untuk majlis bacaan al-Quran al-Karim, dan mereka tidak akan berpisah melainkan sesudah menjamah sedikit jamuan, walaupun sekadar jamuan ringan.
Sumbangan makanan kering ini ini akan diberikan kepada individu, keluarga, jiran-jiran dan mereka yang sangat terjejas makanan kerana dikuarantin di sekitar Pasir Gudang, Johor terutamanya dari keluarga asnaf dan orang susah.
Semoga ada ukiran senyuman di wajah penerima. Semoga sedekah saudara/i ini dilipatgandakan kebaikan serta diluaskan rezeki sebanyak-banyaknya oleh Allah.
Laporan Kempen
21 Oct 2021
Syukur, RM3294.75 telah digunakan untuk mencukupkan RM10000 untuk 200 pek makanan yang akan diagihkan ahad ini 24 Oktober 2022.