Sahabat Berkat akan membina perigi bagi kegunaan Rumah Anak Yatim, Surau, Sekolah Pondok, dan Maahad Tahfiz di pendalaman untuk sumber bekalan air bagi yang berada di kawasan pendalaman dan terpencil
Wakaf Telaga Air
Melalui sumbangan.com, Sahabat Berkat akan membina perigi bagi kegunaan Rumah Anak Yatim, Surau, Sekolah Pondok, dan Maahad Tahfiz di pendalaman untuk sumber bekalan air bagi yang berada di kawasan pendalaman dan terpencil.
Bersama kami anda dapat membantu menyediakan air yang selamat untuk digunakan bukan sahaja oleh saudara muslim, tetapi hidupan lain seperti haiwan dan tanaman mereka. Anda telah memudahkan kehidupan mereka kepada kehidupan yang lebih sihat dan peluang menikmati sumber air bersih untuk kegunaan asas seperti memasak, penyediaan makanan dan minuman serta kegunaan harian.
Air perigi ini juga boleh dimanfaatkan kepada beberapa buah rumah anak yatim atau sekolah. Secara tidak langsung dapat membantu saudara Islam kita dalam urusan kebersihan harian serta untuk beribadat.
Kita mudahkan urusan orang, insyaAllah Allah permudahkan urusan kita. Dalam Rezeki kita, pasti ada rezeki mereka yang memerlukan. Siapa yang biasa membantu hajat saudaranya, maka Allah akan senantiasa menolong dalam hajatnya.