KEMPEN INFAQ VAN JENAZAH MADRASAH ROHBANIAH, KG. RAJA MACHANG
Dianjurkan oleh:
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Dimulakan pada:
02 Dec, 2021
100.36%
RM145,520
/RM145,000
5333
penyumbang
-
baki hari
Tentang Kempen
"Bersama-sama Kita Memudahkan Urusan Fardhu Kifayah"
Assalamualaikum saudara-saudari yang dirahmati Allah SWT. Di sini kami memohon & menyeru kita semua untuk bersama-sama menyumbang ke atas kempen ini. Tujuan kami adalah untuk mendapatkan sebuah va...
"Bersama-sama Kita Memudahkan Urusan Fardhu Kifayah"
Assalamualaikum saudara-saudari yang dirahmati Allah SWT.
Di sini kami memohon & menyeru kita semua untuk bersama-sama menyumbang ke atas kempen ini. Tujuan kami adalah untuk mendapatkan sebuah van jenazah yang akan diinfaqkan atas nama Madrasah Rohbaniah untuk kegunaan masyarakat sekitar khususnya penduduk Kampung Raja, Machang Kelantan.
Penduduk setempat mengalami kesukaran & kepayahan dalam menguruskan hal jenazah bila berlakunya kematian. Penduduk setempat terpaksa mendapatkan khidmat van jenazah di kampung berdekatan di mana van tersebut juga sudah uzur. Makin merumitkan apabila berlakunya kematian serentak di antara kampung-kampung yang berdekatan dan mengakitbatkan urusan pengebumian sedikit terganggu.
Kami amat berharap, dengan adanya van jenazah yang baru ini, penduduk Kampung Raja & penduduk berdekatan mampu menyempurnakan urusan pengebumian jenazah dengan lebih cepat. Sesungguhnya sebaik-baik jenazah itu perlu disegerakan urusan pengebumiannya. Kami amat berharap budi baik & kesudian saudara-saudari menyumpang ke atas kempen ini. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas kebaikan tersebut.
Kami menitipkan doa buat saudara-saudari semua, semoga kita semua berada di bawah lindungan-NYA. Sentiasa dibawah rahmat – NYA. Semoga ada catatan kebaikan kita di bawa ke langit-NYA.
Terima kasih kami ucapkan pada semua #Penyumbang
Laporan Kempen
28 Jul 2022
Pada tarikh 27 Julai 2022, pihak Kampung Raja Machang telah menggunakan Van jenazah yang diserahkan oleh pihak PPIM untuk membawa jenazah ke tanah perkuburan.
25 Jul 2022
Alhamdulillah pada Ahad 24 Julai, pihak PPIM dengan kerjasama KINGZ telah menyerahkan van jenazah untuk Kg, Raja Machang. Terima kasih kepada semua penyumbang.
31 May 2022
Pengubahsuai van sedang dijalankan untuk kegunaan pengangkutan jenazah. Proses penyerahan van yang sudah lengkap akan dijalankan pada waktu terdekat ini.