INFAQ PENYELENGGARAAN JALAN KOMUNITI ILMU

Dianjurkan oleh:
YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA
Dimulakan pada:
12 Jun, 2021
INFAQ PENYELENGGARAAN JALAN KOMUNITI ILMU
101.54%
RM5,280
/RM5,200
133
penyumbang
-
baki hari

YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA
Sumbangan.com

Tentang Kempen

PROGRAM INFAQ PENYELENGGARAAN JALAN KOMUNITI ILMU
Assalamualaikum WBT, Penyumbang Yang Budiman.PROGRAM INFAQ PENYELENGGARAAN JALAN KOMUNITI ILMUFirman Allah SWT – Fastabiqul Khairat “…berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan&hel...
PROGRAM INFAQ PENYELENGGARAAN JALAN KOMUNITI ILMU

Assalamualaikum WBT, Penyumbang Yang Budiman.


PROGRAM INFAQ PENYELENGGARAAN JALAN KOMUNITI ILMU


Firman Allah SWT – Fastabiqul Khairat “…berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan…” (Al-Baqarah 2:148)


Firman Allah SWT – “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji... (Al-Baqarah 2:261)


Jalan Komuniti tidak bernama di Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang ini, meliputi panjang kira-kira 100 meter dan lebar 5 meter. Ia terletak di tanah rizab kerajaan berkeluasan kira-kira 1,000 meter persegi. Jalan ini tidak digazetkan atas penyelenggaran pihak berkuasa Majlis atau Jabatan kerajaan.


Namun jalan ini amat penting sebagai penghubung antara kampung dan komuniti, khususnya kegunaan anak-anak pelajar, ibu bapa dan guru-guru sekolah berhampiran – Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kundang dan Sekolah Rendah Seri Kundang.


Oleh kerana ia kerap digunakan khasnya sewaktu sesi persekolahan, keadaan jalan sangat uzur dengan lopak air besar di tengah jalan dan permukaan jalan yang tidak sempurna.


Pihak Yayasan dengan kerjasama PIBG sekolah dan komuniti setempat, bercadang untuk menyelenggara jalan, menyediakan tapak parkir dan tanah sekitarnya, agar selesa digunakan oleh para pelajar, guru dan komuniti.


Pihak kami mengajak para penderma budiman menyumbang untuk penyelenggaraan jalan ini khasnya membantu mereka yang berjihad mendapat ilmu (anak pelajar), berjihad mengajarkan ilmu (guru-guru) dan kemudahan perhubungan komuniti setempat amnya.


Semoga Allah SWT memberkati usaha ini. 

Terima kasih atas sumbangan anda.

Laporan Kempen

03 Aug 2021

3-8-2021 – LAPORAN INFAQ JALAN KOMUNITI ILMU, YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA (YAMM)


 

1-Pihak YAMM telah menyerahkan cek kutipan Infaq Jalan Komuniti Ilmu kepada PIBG Sekolah Menengah Seri Kundang pada 2/8/2021, jam 10.30 pagi.

 

2-Sumbangan diserahkan oleh Tuan YDP YAMM  kepada Tuan YDP PIBG disaksikan bersama Puan Pengetua SMKSK.

 

3-Pihak PIBG akan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan bila situasi mengizinkan akibat halangan PKP Covid 19 waktu ini, dan melapor semula kepada Yayasan.

 

Terima Kasih.

 

LAMPIRAN GAMBAR.



16 Jul 2021

16-7-2021 – LAPORAN INFAQ JALAN KOMUNITI ILMU, YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

 

1-Perbincangan pihak Yayasan dengan PIBG Sekolah Menengah Seri Kundang memutuskan serahan wang kutipan daripada Yayasan kepada PIBG setelah kempen tamat pada 21/7/2021, kira-kira 15 hari lagi.

 

2-Pihak PIBG akan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan melapor semula kepada Yayasan dan sumbangan.com.

 

3-Walau bagaimanapun kerja-kerja penyelenggaraan tertakluk kepada situasi semasa. Terkini, oleh kerana kawasan sekolah terletak dalam Mukim Kuang iaitu PKPD Covid-19, maka tiada aktiviti kerja-kerja boleh dilakukan.

 

4-Terdahulu, sebelum tempoh PKPD, pihak PIBG telah ambil inisiatif awal penyelenggaraan jalan dengan bantuan pemimpin komuniti setempat. (Lampiran Gambar)




 

Terima Kasih.

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jul 30, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Jul 30, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jul 30, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jul 30, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jul 30, 2021

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Others

Kempen yang mungkin anda berminat

Tiada kempen dijumpai

Kempen Sumbangan Tamat