Assalamualaikum WBT, Penyumbang Yang Budiman.
PROGRAM INFAQ PENYELENGGARAAN JALAN KOMUNITI ILMU
Firman Allah SWT – Fastabiqul Khairat “…berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan…” (Al-Baqarah 2:148)
Firman Allah SWT – “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji... (Al-Baqarah 2:261)
Jalan Komuniti tidak bernama di Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang ini, meliputi panjang kira-kira 100 meter dan lebar 5 meter. Ia terletak di tanah rizab kerajaan berkeluasan kira-kira 1,000 meter persegi. Jalan ini tidak digazetkan atas penyelenggaran pihak berkuasa Majlis atau Jabatan kerajaan.
Namun jalan ini amat penting sebagai penghubung antara kampung dan komuniti, khususnya kegunaan anak-anak pelajar, ibu bapa dan guru-guru sekolah berhampiran – Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kundang dan Sekolah Rendah Seri Kundang.
Oleh kerana ia kerap digunakan khasnya sewaktu sesi persekolahan, keadaan jalan sangat uzur dengan lopak air besar di tengah jalan dan permukaan jalan yang tidak sempurna.
Pihak Yayasan dengan kerjasama PIBG sekolah dan komuniti setempat, bercadang untuk menyelenggara jalan, menyediakan tapak parkir dan tanah sekitarnya, agar selesa digunakan oleh para pelajar, guru dan komuniti.
Pihak kami mengajak para penderma budiman menyumbang untuk penyelenggaraan jalan ini khasnya membantu mereka yang berjihad mendapat ilmu (anak pelajar), berjihad mengajarkan ilmu (guru-guru) dan kemudahan perhubungan komuniti setempat amnya.
Semoga Allah SWT memberkati usaha ini.
Terima kasih atas sumbangan anda.