Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Sejak akhir-akhir ini, kelihatan kes kemurungan di negara ini semakin membimbangkan. Ramai yang hilang kerja dan punca pendapatan apatah lagi setelah PKP ditukar ke Pelan Pemulihan Negara yang berlanjutan hingga ke 3 fasa sehingga Disember 2021. Ada juga kes bunuh diri direkodkan kerana stress yang melampau kerana desakan dan tekanan kehidupan. Allahu
Kerajaan mengumumkan untuk mengadakan TOTAL LOCKDOWN bermula 1 Jun 2021 sebagai langkah mengekang penyebaran Coronavirus yang semakin membimbangkan sehingga mencatatkan lebih 8000 kes sehari dan lebih 60 kematian sehari. Ianya akan dilaksanakan secara berfasa dan pembukaan operasi juga akan dilakukan secara berperingkan. Ianya berterusan sehingga ke Jun lepas mencatatkan hingga 6000 kes sehari.
Namun begitu, perlu kita akui dan ambil berat tentang individu dan keluarga yang terkesan dengan kawalan pergerakan ini. Ada bapa yang hilang sumber pendapatan, ada anak yang diberhentikan, ada ibu yang perlu berhenti kerja. Belum lagi ada antara mereka yang bakal diberhentikan kerja. Bagaimana pula dengan mereka yang hanya bergantung dengan pendapatan harian untuk menyara anak-anak? Pasti ianya menjejaskan kehidupan mereka sepanjang kawalan ini dilakukan.
Cuba kita bayangkan keluarga yang terpaksa mencatu makanan kerana mereka khuatir bekalan makanan tidak cukup. Kehidupan anak mereka yang tidak terurus. Mereka ini sangat perlukan bantuan samada dari segi makanan, minuman, pampers dan susu. Kebersihan dan kualiti kehidupan rakan dan jiran kita juga perlu kita jaga. Ada antara mereka tidak ada susu dan lampin untuk kelengkapan anak mereka. Kehidupan serba daif dan susah.
Justeru, kami berbesar hati membantu keluarga ini agar tidak terus berada dalam situasi tidak sihat dan kelaparan sepanjang PKP ini dilaksanakan. Buat fasa ini, kami mensasarkan seramai 500 keluarga penerima bantuan ini susu dan lampin ini agar anak mereka sentiasa terjada dan terhindar dari penyakit.
Usaha ini juga akan melibatkan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan kariah masjid/surau sebagai organisasi yang akan mengagihkan bantuan yang bakal disumbangkan ini. Semoga kita terus menzahirkan rasa kasih sayang kepada saudara-saudara senegara kita.
Anak-anak merupakan permata hidup bagi setiap keluarga. Terutama kepada mereka yang masih mempunyai anak kecil dan tanggungan yang ramai. Semenjak kehadiran pandemik COVID 19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu telah menyebabkan ramai yang hilang perkerjaan dan sumber pendapatan.
Akibat daripada tekanan ini menyebabkan ramai ibu bapa yang hilang punca dan stress memikirkan nasib anak-anak mereka untuk masa hadapan. Bagi kita orang dewasa, tanpa makanan dalam sehari mungkin kita boleh bertahan, akan tetapi untuk anak kecil???
Mereka memerlukan bantuan pampers / lampin pakai buang bagi anak kecil yang masih menggunakan pampers untuk keselesaan mereka.
Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya yang didapati oleh orang yang beriman dari amalan dan kebaikan yang dia lakukan setelah dia mati adalah:
a) Ilmu yang dia ajarkan dan sebarkan.
b) Anak soleh yang dia tinggalkan.
Mushaf al-Qur’an yang dia wariskan.
c) Masjid yang dibina.
d) Rumah bagi ibnu sabil (musafir yang terputus perjalanan) yang dia bina
e) Sungai yang dia alirkan.
f) Sedekah yang dia keluarkan dari harta ketika dia sihat dan hidup.
Semua itu akan dihubungkan dengannya setelah dia mati.”
Riwayat Ibn Majah (242), al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (3174). Hadith ini disahihkan oleh Ibn Khuzaimah dan dihasankan oleh al-Munziri.
Pelbagai cerita dan kisah para penerima berkongsi dengan kami, antaranya ada ibu penerima bantuan ini menjadi tidak waras/tidak sihat selepas melahirkan anak yang terakhir mereka. Anak mereka tidak terjaga akibat daripada ibunya yang sakit ini. Ada di antara penerima mencuci semula pampers untuk kegunaan semula dan bermacam lagi.
Sama-sama kita doakan agar semua penerima dan penyumbang sama-sama diberkati oleh Allah SWT. Alhamdulilah lebih dari 300 penerima telah menerima sumbangan ini.
Yakinlah bahawa setiap Rezeki dan Nikmat yang kita ada itu, perlu dikongsi bersam orang lain. Mungkin hari ini kita bantu orang susah, pada masa akan datang kalau kita pula yang susah dengan asbab kita bersedekah hari ini, ALLAH S.W.T memberi kemudahan kepada kita pula pada masa akan datang.
Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini