PROJEK IHSAN PEMBINAAN HALAMAN MASJID DAN BAIK PULIH ASRAMA

Dimulakan pada:
31 Jan, 2024
PROJEK IHSAN PEMBINAAN HALAMAN MASJID DAN BAIK PULIH ASRAMA
6.89%
RM3,099
/RM45,000
212
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Keadaan madrasah yang penuh dengan cacat cela perlu dibaik pulih bagi memberi suasana pembelajaran yang selesa kepada pelajar di pedalaman, Indonesia. Jom bantu mereka!
Masjid Darussalam Al Fattah terletak di, Desa Tanjung Pering Indralaya Utara, Indonesia. Masjid ini berada di lingkungan madrasah. Keadaan masjid yang serba kekurangan dan agak usang memerlukan perhat...
Keadaan madrasah yang penuh dengan cacat cela perlu dibaik pulih bagi memberi suasana pembelajaran yang selesa kepada pelajar di pedalaman, Indonesia. Jom bantu mereka!


Masjid Darussalam Al Fattah terletak di, Desa Tanjung Pering Indralaya Utara, Indonesia. Masjid ini berada di lingkungan madrasah. Keadaan masjid yang serba kekurangan dan agak usang memerlukan perhatian dan bantuan kita agar ia dapat dibaik pulih serta dilengkapi dengan kemudahan untuk kegunaan pelajar serta penduduk kampung sekitar pondok tersebut.



Antara kegiatan yang dibuat di madrasah adalah hafalan Al-Quran dan kelas pembelajaran agama dari bermula pukul 7 pagi sehingga 4 petang. Sekolah pondok ini juga membuat kegiatan di luar seperti majlis dakwah dan taklim bersama penduduk sekitar. Alhamdulillah, setakat ini, mereka telah melahirkan 4 orang pelajar yang sudah tamat menghafal Al-Quran sejak madrasah itu didirikan. Kejayaan yang sangat besar bagi madrasah kecil seperti itu.



Dasar pembinaan ini adalah kerana ukuran masjid yang kecil tidak cukup memuatkan ramai orang. Jadi, halaman ini akan digunakan pelajar untuk menghafal Al-Quran dan juga tempat mereka belajar. Jumlah pelajar di sana adalah seramai 54 orang.



Buat masa ini, asrama yang ada juga perlu melalui proses baik pulih kerana atapnya yang rosak. Kapasiti setiap asrama mampu memuatkan 15 orang pelajar sahaja dan pelajar yang selebihnya perlu tidur di dalam masjid.



Sumbangan diperlukan untuk membuat halaman masjid dan baik pulih asrama. Baik pulih asrama tersebut adalah dari segi menukar atap yang bocor dan membina bilik mandi serta tandas untuk kegunaan pelajar dan penduduk setempat.


Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 18, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 04, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 26, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 23, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 18, 2025

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Others

Kempen yang mungkin anda berminat

MENYANTUNI KUCING TERBIAR DI BULAN RAMADHAN
Kempen Sumbangan Tamat