KEMPEN MENAIKTARAF MASJID KG RUMDENG KEMBOJA

Dimulakan pada:
25 Jul, 2022
KEMPEN MENAIKTARAF MASJID KG RUMDENG KEMBOJA
43.39%
RM43,391
/RM100,000
2281
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Masjid Kg. Rumdeng memerlukan bantuan anda untuk menaik taraf tempat berwudhu' dan menambah atap di sekeliling masjid. Jom sumbang sekarang.
Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, dengan izinNya sumbangan untuk mendirikan sebuah masjid baru di Kg Rumdeng, Kemboja telah mencapai jumlah sasaran dan kini masjid telah digunakan sepenuhnya untuk t...
Masjid Kg. Rumdeng memerlukan bantuan anda untuk menaik taraf tempat berwudhu' dan menambah atap di sekeliling masjid. Jom sumbang sekarang.


Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, dengan izinNya sumbangan untuk mendirikan sebuah masjid baru di Kg Rumdeng, Kemboja telah mencapai jumlah sasaran dan kini masjid telah digunakan sepenuhnya untuk tujuan ibadah & keagamaan.




Terima kasih atas usaha para penyumbang yang telah menyumbang dalam menjayakan pembangunan masjid ini. Alhamdulillah syukur Ya Allah. Kini penduduk kampung telah menggunakan masjid ini untuk kegiatan ibadah dan lain-lain lagi. 




Syukur, semakin ramai yang datang beribadah di Masjid Rumdeng ini, hasil dari sumbangan kita semua. Pihak masjid masih memerlukan sedikit lagi dana untuk membesarkan tempat berwudhu’ dan untuk menambah atap di kawasan masjid. Hal ini kerana, ramai penduduk yang menggunakan masjid ini dan tempat wudhu' sedia ada tidak dapat menampung bilangan jemaah yang ramai. 



InsyaAllah, masjid ini akan dimanfaatkan sebaiknya oleh penduduk di kawasan itu sebagai tempat untuk beribadah dan juga gedung ilmu untuk semua lapisan masyarakat. Semoga pahala sumbangan para penyumbang akan terus mengalir dan menjadi salah satu asbab untuk ke syurga kelak, InsyaAllah.




"Siapa yang membangun masjid karena Allah walaupun hanya selubang tempat burung bertelur atau lebih kecil, maka Allah bangunkan baginya (rumah) seperti itu pula di surga." (HR. Ibnu Majah)


Jom #BuatBaik!


Laporan Kempen

18 Jul 2024




23 Jun 2023


Kami menerima khabar gembira daripada AJK madrasah mengenai perkembangan masjid yang terkini. Terharu dan senang hati kami menjadi medium kepada anda semua untuk membantu mereka mendirikan masjid dan menjalankan segala aktivit agama di sana. 









15 Sep 2022


Assalamualaikum para penyumbang sekalian. Alhamdulillah tempat berwudhu’ untuk Masjid Kampung Rumdeng sudah separuh siap dan penduduk boleh mula menggunakannya tidak lama lagi.


Semoga semua para penyumbang mendapat pahala dan ganjaran yang sebaiknya di sisi Allah SWT dan semoga Allah SWT memberkati semua usaha dan sumbangan yang diberikan.


Jom #BuatBaik!






Di bawah ini adalah termpat berwuduk Masjid Kampung Rumdeng sebelum ini yang tidak sesuai dan selamat. Tambahan lagi, jika hujan turun pasti sangat sukar untuk mereka mengambil wuduk.




Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 18, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Apr 18, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 18, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 13, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 12, 2025

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Others

Kempen yang mungkin anda berminat

DANA PENYEDIAAN DAN BAIKPULIH KEMUDAHAN
BANTU PELAJAR MALAYSIA DI AFRIKA SELATAN HANYA DENGAN RM10
KEMPEN SUMBANGAN PEMBELIAN VAN TERPAKAI BANTU MALAYSIA
MISI BANTUAN KECEMASAN PALESTIN
DANA PEMBELIAN RUMAH PERLINDUNGAN KEKAL ANAK-ANAK YATIM DAN ASNAF
Kempen Sumbangan Tamat