Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM6,665 / 41.66 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM16,000
257 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Amalan bersedekah sangat berkait rapat dengan iman seorang Muslim. Setiap sedekah yang diterima di sisi Allah SWT, Dia akan balas dan ‘membayarnya’ di dunia lagi, apatah lagi di akhirat nanti.
Itu janji Allah dalam al-Quran iaitu sesiapa yang bersedekah di jalan Allah, Dia akan ganti semula dengan ganjaran paling sedikit 10 kali ganda pahala manakala paling banyak adalah 700 kali ganda.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)
250 Pek Makanan akan diberikan kepada asnaf, OKU, orang miskin, ibu tunggal, anak yatim dan mereka yang kehilangan pekerjaan. Sumbangan dan pek makanan ini diberikan secara one off dan berupa makanan dan minuman untuk mereka meneruskan kehidupan sebelum menerima/mendapat pekerjaan lain.
Kesusahan yang ditanggung mereka wajar untuk kita sama-sama bantu serta bersifat ehsan kepada jiran dan masyarakat kita. Kehidupan akan bertambah baik sekiranya budaya bersedekah, membantu dan saling memudahkan diaplikasi dalam kehidupan sehari-hari.
Semoga urusan kita semua dipermudahkan oleh Allah SWT.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Jumlah setakat ini RM 6055.00.
Alhamdulilah, telah dibelanjakan sebanyak RM 6000 untuk edaran bahan makanan berupa beras, telur, minyak, barangan asas makaanan untuk asnaf dan penduduk yang terkesan. Lebih daripada 180 menerima manfaat setakt ini.
Terima kasih kepada penyumbang.
Telur 100 papan juga telah dibeli untuk diedarkan.
Alhamdulilah.
Alhamdulilah, barangan untuk diberikan kepada 60 pesakit dialisis.
Barangan lain tambahan juga akan diberikan. Semoga dapat membantu yang memerlukan.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 22, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 22, 2021
NAZREE BIN MOHAMED NORDIN
Menyumbang sebanyak RM100.00
Jul 22, 2021
TAJUL
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jul 21, 2021
SD
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 21, 2021