Hidup bukan satu perlumbaan, tapi satu pembelajaran dan proses untuk tingkatkan kualiti hidup. Semoga kita diberkati.
🕊️SEDEKAH PALING AFDAL IALAH SEDEKAH YANG BERTERUSAN🕊️
Daripada Sa’ad bin Ubadah, beliau bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah! Ibuku sudah meninggal dunia, bolehkah aku bersedekah bagi pihaknya?”
Baginda menjawab: “Ya (boleh).” Beliau bertanya lagi, “Sedekah apakah yang terbaik?”
Baginda Rasulullah saw menjawab: “Memberi (orang) minum air.”
Air merupakan keperluan utama untuk kehidupan. Oleh itu Islam meletakkan banyak kebaikan kepada seseorang yang dapat memberikan air minuman. Kisah seorang wanita yang memberikan air minuman kepada seekor anjing yang kehausan dan dijanjikan dengan ganjaran syurga seharusnya menjadi motivasi untuk berinfaq. Malah lebih utama lagi apabila setiap sumbangan wakaf bagi projek penapis aira kan mendapat ganjaran pahala secara berterusan.
Sabda Rasulullah SAW maksudnya: “Barang siapa membina sebuah telaga laludi minum oleh jin atau burung yang kehausan, maka Allah akan memberinya pahala kelak di hari kiamat”(Hadis riwayat Ibn Khuzaimah dan Ibn Majah).