Assalamualaikum dan salam sejahtera,Setiap hari kita dapat mandi dengan sabun, ada tuala yang ditukar bersih
setiap bulan dan telekung sejadah yang boleh bergilir basuh.
BismillahiRahmaniRahim
Assalamualaikum wbt
dan Salam Sejahtera,
Setiap hari kita
dapat mandi dengan sabun, ada tuala yang ditukar bersih setiap bulan dan
telekung sejadah yang boleh bergilir basuh.
Pada kita ini
adalah keperluan biasa tetapi pada anak-anak yatim, ini satu nikmat yang susah
untuk mereka merasa.
Tahukah anda,
anak-anak ini amat memerlukan sumbangan dalam bentuk barangan penjagaan diri
serta keperluan ibadah selain dari barang mentah yang biasa kita derma?
Bayangkan tuala
mereka jarang sekali bertukar baru, keperluan penjagaan diri mereka ada kalanya
bercatu.
Di saat kita selesa menunaikan ibadah, mereka pula perlu berkongsi
telekung dan sejadah. Ya. Itulah realiti rumah perlindungan yang kami pergi.
Sehubungan itu,
kami amat memerlukan prihatin saudara saudari dalam menjayakan kempen Qaseh
Syawal (sambungan kempen Qaseh Ramadhan).
Sama-sama membantu
kami memberi keselesaan dengan menyediakan BAROKAH KIT untuk rumah anak-anak
yatim & mahad tahfiz.
Dana diperlukan: RM 89,622
(Set
Lengkap Kit Kebersihan / Kit Ibadah mengikut keperluan mereka) Seperti dalam
hadith Nabi Muhammad;
"Sesiapa yang
melepaskan saudara Muslimnya daripada salah satu kesulitan dunia, Allah akan
melepaskannya daripada kesulitan pada hari kiamat. Sesiapa yang memudahkan
urusan saudaranya, Allah akan memudahkan urusan dunia dan akhiratnya. Sesiapa
yang menutup keaiban saudaranya, Allah akan menutup keaibannya di dunia dan
akhirat. Allah sentiasa membantu hamba-Nya selagi hamba-Nya itu membantu
saudaranya."(Muslim)
Sikit
atau banyak sumbangan saudara/i, ia tetap satu sedekah yang dapat meringankan
kesulitan anak-anak ini.
Allah sahaja yang membalas kemurahan hati
anda.