SEDEKAH IFTAR RAMADHAN UNTUK ANAK ANAK KESAYANGAN RASULULLAH

Dimulakan pada:
07 Feb, 2024
SEDEKAH IFTAR RAMADHAN UNTUK ANAK ANAK KESAYANGAN RASULULLAH
100.55%
RM20,109
/RM20,000
918
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

JOM MANFAATKAN PELUANG INI UNTUK MENYEBARKAN KEBAIKAN RAMADHAN TAHUN INI DENGAN MENYUMBANGKAN MAKANAN BERKHASIAT UNTUK PELAJAR TAHFIDZ AL-QURAN.
Tuan/Puan yang dirahmati Allah SWT, program sedekah makanan berkhasiat LPQ Al Huda telah berjalan selama beberapa tahun, dan telah mencecah ratusan pelajar tahfidz Al-Qur'an khususnya pelajar LPQ Al H...
JOM MANFAATKAN PELUANG INI UNTUK MENYEBARKAN KEBAIKAN RAMADHAN TAHUN INI DENGAN MENYUMBANGKAN MAKANAN BERKHASIAT UNTUK PELAJAR TAHFIDZ AL-QURAN.


Tuan/Puan yang dirahmati Allah SWT, program sedekah makanan berkhasiat LPQ Al Huda telah berjalan selama beberapa tahun, dan telah mencecah ratusan pelajar tahfidz Al-Qur'an khususnya pelajar LPQ Al Huda. Menjelang bulan Ramadhan yang mulia pada tahun ini yang tidak terasa tinggal 32 hari sahaja lagi untuk tiba, LPQ Al Huda kembali melaksanakan program sedekah makanan berkhasiat untuk pelajar tahfiz Al-Quran khususnya di bulan Ramadhan.




Sebagai umat Islam, tentunya kita mengetahui banyak amalan di bulan Ramadhan yang melipatgandakan pahala termasuk memberi makan dan minum kepada orang yang berbuka terutama yang menerima adalah pelajar tahfiz Quran yang tentunya mereka mengisi hari-hari dengan aktiviti yang mendatangkan keberkatan dan pahala daripada Allah SWT.



Sebagai orang yang beriman, tentunya kita tidak mahu Ramadhan tahun ini sia-sia hanya kerana terlalu cintakan dunia, kita tidak tahu sama ada Ramadan tahun ini akan menjadi Ramadhan terakhir kita atau Allah masih memberi peluang untuk kita beribadah dan menyambut Ramadhan tahun hadapan. Namun sebaik-baik umat Rasullullah SAW ialah mereka yang hari ini lebih baik daripada semalam, tahun ini lebih baik daripada tahun lalu, dan mereka yang memberi manfaat kepada orang lain.




Jom rebut peluang Ramadhan tahun ini dengan memperbanyakkan amal soleh terutama dengan menyumbangkan makanan berkhasiat kepada pelajar tahfidz al-Quran. Semoga dengan peluang yang sangat baik ini Allah permudahkan ibadah kita untuk sentiasa beramal yang boleh memberi manfaat kepada saudara-saudara kita yang memerlukannya terutama di bulan Ramadhan tahun ini. InsyaAllah.


مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا


Maksudnya: "Sesiapa yang memberi makanan kepada orang yang berpuasa, maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun." (HR. Tirmidzi no. 807, Ibnu Majah no. 1746, dan Ahmad 5: 192, Al-Hafizh Abu Tahir mengatakan bahawa hadis ini sahih).



Jom manfaatkan peluang ini untuk menyebarkan kebaikan Ramadhan tahun ini dengan menyumbangkan makanan berkhasiat untuk pelajar tahfidz Al-Quran.


Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

02 Apr 2024

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakhatuh Tuan/Puan yang dirahmati Allah Subhanahu Wa Ta'ala,


Izinkan kami memaklumkan sekali lagi tentang aktiviti perkongsian Berbuka Puasa Ramadhan 1445 H/ 2024 Masihi untuk Pelajar Al Qur'an dan anak-anak kesayangan Rasullullah Shallallahu 'Alaihi Wassalam.


Berikut adalah hasil dokumentasi aktiviti tersebut:








Jazakallah khairan katsiran wa jazakumullah ahsanal jaza


#JomBuatBaik


31 Mar 2024

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakhatuh Tuan/Puan yang dirahmati Allah Subhanahu Wa Ta'ala,


Alhamdulillah, program perkongsian Iftar Ramadhan untuk Pelajar Al Qur'an dan anak-anak kesayangan Rasullullah Shallallahu 'Alaihi Wassalam telah dijalankan dengan baik di beberapa tempat, semoga program ini menjadi pembakar semangat untuk mereka terus belajar Al Qur'an dan semoga menjadi amalan yang baik untuk Tuan /Puan dan kita semua. Amin!


Di bawah ini kami paparkan dokumentasi realisasi program tersebut, dan terdapat 2 institusi yang kami uruskan secara berkala iaitu Isnin-Khamis kami mengedarkan Iftar Ramadhan:








Insyaallah perkembangan terkini akan kami maklumkan.


Terima kasih atas sokongan anda terhadap program Ramadhan tahun ini, insyaAllah kami akan terus menambah baik program yang sama untuk meluaskan manfaat untuk semua,



Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Apr 09, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Apr 09, 2024
ASDSADASSADASD
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 09, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Apr 09, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 09, 2024

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Others

Kempen yang mungkin anda berminat

DANA PEMBINAAN SURAU PONDOK WARGA EMAS TARBIAH AL UMMAH
JANGAN BIARKAN VAN INI DITARIK BALIK
DANA OPERASI MAAHAD TAHFIZ SAHABAT QURAN MALAYSIA
INFAQ MAKANAN SIHAT UNTUK ANAK ANAK KESAYANGAN RASULULLAH
DANA BAIK PULIH BANGUNAN MATIZ UNTUK KESELAMATAN PELAJAR PEREMPUAN TAHFIZ
Kempen Sumbangan Tamat