RAYUAN SEDEKAH PEK MAKANAN ASNAF

Dimulakan pada:
13 Oct, 2021
RAYUAN SEDEKAH PEK MAKANAN ASNAF
12.73%
RM700
/RM5,500
42
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Teruskan membantu menyantuni para penduduk asnaf, warga emas yang tak berdaya ini.
Amalan bersedekah sangat berkait rapat dengan iman seorang Muslim. Setiap sedekah yang diterima di sisi Allah SWT, Dia akan balas dan ‘membayarnya’ di dunia lagi, apatah lagi di akhirat na...
Teruskan membantu menyantuni para penduduk asnaf, warga emas yang tak berdaya ini.


Amalan bersedekah sangat berkait rapat dengan iman seorang Muslim. Setiap sedekah yang diterima di sisi Allah SWT, Dia akan balas dan ‘membayarnya’ di dunia lagi, apatah lagi di akhirat nanti.

Itu janji Allah dalam al-Quran iaitu sesiapa yang bersedekah di jalan Allah, Dia akan ganti semula dengan ganjaran paling sedikit 10 kali ganda pahala manakala paling banyak adalah 700 kali ganda.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)

Pek Barangan Kering ini akan diberikan kepada OKU, warga emas dan keluarga mereka yang kehilangan pekerjaan di sekitar Johor.

Bermula dari PKP Mei lalu, kami telah memberikan lebih 2500 kotak makanan, bungkusan makanan kering bagi mereka yang memerlukan.

Sumbangan ini diberikan secara one off dan berupa barangan kering untuk mereka meneruskan kehidupan sebelum menerima/mendapat pekerjaan lain.

Kesusahan yang ditanggung mereka wajar untuk kita sama-sama bantu serta bersifat ehsan kepada jiran dan masyarakat kita. Kehidupan akan bertambah baik sekiranya budaya bersedekah, membantu dan saling memudahkan diaplikasi dalam kehidupan sehari-hari.

Semoga urusan kita semua dipermudahkan oleh Allah SWT.

*Gambar hanya ilustrasi dan mungkin ada barangan tidak sama seperti yang dinyatakan.

Laporan Kempen

14 Dec 2021

Jumlah bersih setelah ditolak sistem adalah RM614

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

CHA RAHMAT
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 11, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 04, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Oct 22, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Oct 22, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 22, 2021

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Others

Kempen yang mungkin anda berminat

MENYANTUNI KUCING TERBIAR DI BULAN RAMADHAN
Kempen Sumbangan Tamat