SEDEKAH SUBUH BULAN MAULIDUR RASUL

Dianjurkan oleh:
MUTIARA TAQWA
Dimulakan pada:
11 Oct, 2021
SEDEKAH SUBUH BULAN MAULIDUR RASUL
68.51%
RM2,398
/RM3,500
136
penyumbang
-
baki hari

MUTIARA TAQWA
Sumbangan.com

Tentang Kempen

Semoga semua yang menyumbang mendapat manfaat dan ganjaran sebaiknya.
Apakah amalan yang boleh dilakukan ketika menyambut Maulidur Rasul?Antara amalan yang boleh untuk dilakukan adalah berpuasa. Diriwayatkan dari Abu Qatadah, sesungguhnya Rasulullah SAW pernah ditanya t...
Semoga semua yang menyumbang mendapat manfaat dan ganjaran sebaiknya.



Apakah amalan yang boleh dilakukan ketika menyambut Maulidur Rasul?
Antara amalan yang boleh untuk dilakukan adalah berpuasa. Diriwayatkan dari Abu Qatadah, sesungguhnya Rasulullah SAW pernah ditanya tentang puasa Isnin? Maka Baginda menjawab:

“Padanya aku dilahirkan dan padanya diturunkan (al-Quran) ke atasku”.

(Riwayat Muslim)

Hadis di atas memberikan isyarat bahawa Rasulullah SAW berpuasa pada hari Isnin bagi mensyukuri nikmat Allah atas kelahirannya pada hari tersebut. Maka, jika Rasulullah SAW sendiri berpuasa pada hari Baginda dilahirkan begitulah juga yang sewajarnya dilakukan oleh umat Islam pada hari ini, sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah kerana diutuskan Rasulullah SAW.

Berselawat juga antara amalan yang digalakkan pada sambutan Maulidur Rasul. Menurut pandangan Syeikhul Islam Sayid Dahlan menyatakan bahawa selawat dan berdiri kerana membesarkan Nabi adalah amalan baik lagi mulia. Perbuatan berhimpun di masjid atau di surau, di samping dapat solat fardu berjemaah. Demikian juga amalan berzanji yang dimaklumi mengandungi pujian tertinggi kepada Nabi Muhammad SAW dan diikuti dengan selawat kepada baginda tidak dapat dinafikan mengandungi banyak kebaikan di dalamnya. Sabda Baginda yang bermaksud:

“Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali Allah S.W.T berselawat ke atasnya 10 kali”

(Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Ini antara amalan yang boleh dilakukan ketika menyambut Maulidur Rasul. Meskipun sambutan tersebut merupakan perkara yang baik, namun mestilah dipastikan ianya menepati syariat Islam baik dari sudut akidah, syariah dan akhlak Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Melalui sedekah subuh ini, makanan siap atau bungkus akan diedarkan pada waktU Subuh 19 Oktober 2021 sebagai kesyukuran meyambut hari kelahiran baginda Rasulullah SAW.


Laporan Kempen

19 Oct 2021

300 pek nasi bungkus sempena Maulidur Rasul sudah diedarkan harini. 



19 Oct 2021

Jumlah dapatan RM1866.50 setelah caj khidmat. 

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Oct 07, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 29, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 25, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 25, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 23, 2021

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Others

Kempen yang mungkin anda berminat

Tiada kempen dijumpai

Kempen Sumbangan Tamat