TABUNG KECEMASAN BENCANA BANJIR KILAT DI KG SUGUD, PENAMPANG

Dimulakan pada:
18 Sep, 2021
TABUNG KECEMASAN BENCANA BANJIR KILAT DI KG SUGUD, PENAMPANG
8.39%
RM8,390
/RM100,000
338
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Kepada saudara saudari sekalian, mohon menghulurkan sedikit sebanyak sumbangan kepada 300 keluarga mangsa banjir kilat di Kg Sugud, Penampang. Mereka sekarang memerlukan bekalan makanan dan minuman.
Untuk makluman anda sekalian, pada hari Rabu, tarikh 15.9.2021, Sabah dilanda hujan lebat dan banjir kilat berlaku. Dan yang paling menyedihkan sekali,  Kampung Sugud, salah satu kampung yang dil...
Kepada saudara saudari sekalian, mohon menghulurkan sedikit sebanyak sumbangan kepada 300 keluarga mangsa banjir kilat di Kg Sugud, Penampang. Mereka sekarang memerlukan bekalan makanan dan minuman.


Untuk makluman anda sekalian, pada hari Rabu, tarikh 15.9.2021, Sabah dilanda hujan lebat dan banjir kilat berlaku. Dan yang paling menyedihkan sekali,  Kampung Sugud, salah satu kampung yang dilanda teruk akibat banjir kilat. 


Seramai 300 keluarga yang teruk dilanda banjir dan pada masa sekarang menghadapi kesukaran untuk kelangsungan hidup seperti sedia kala, kerana mereka bukan sahaja hanya cuma berpakain sehelai dua baju atau berpakaian kain sarung. Malah mereka juga terputus bekalan air dan elektrik.


Segala harta benda mereka rosak, hancur bahkan dibawa arus air banjir. Selain itu juga, ada beeberapa keluarga hilang tempat berteduh. Rumah mereka telah pun hanyut dan ada pula ditimbus tanah lumpur. Amat menyedihkan dan air mata mengalir apabila terlihat foto mereka. 



Justeru itu, NGO PKPHS mohon saudara - saudari, dengan adanya keprihatinan anda sekalian. Diharap boleh menghulurkan sedikit sebanyak sumbangan untuk bantu 300 keluarga mangsa banjir supaya kami boleh menghantar bekalan makanan dan air yang mencukupi. 


Sumbangan anda ketika ini amat diperlukan dan dihargai sekali, terutama sekali apa yang kita buat sekarang , membantu mereka yang memerlukan untuk meneruskan kehidupan di saat yang penuh keperitan dan cabaran. 


Ayuh, saudara saudari sekalian. Marilah kita bantu mereka agar dapat memberi mereka kelangsungan hidup dan kesejahteraan. Segala sumbangan derma dari anda sekalian amat dihargai. Terima kasih.


Ikhlas daripada,

PKPHS


Laporan Kempen

23 Nov 2021

Hari ini PKPHS telah pun membawa 25 karton air mineral dan juga 10 kampit beras untuk warga kg sugud yang masih mengalami masalah bekalan air.


Moga bekalan air yang disumbangkan

sedikit sebanyak dapat bantu meringankan beban yang dihadapi.


Terima kasih sekali lagi kepada penyumbang sekalian, kerana  masih menyokong dan bersama PKPHS.




Ikhlas daripada,

PKPHS










10 Nov 2021

Salam sejahtera saudara-saudari sekalian. Pihak PKPHS ingin maklum pada anda bahawa, nasib warga kg Sugud memang perit sekali, sebab semenjak banjir lumpur pada 15 September yang lalu. Setiap kali hujan, kg Sugud sentiasa banjir.... Kesian warga kg Sugud.


Hari ini hujan lebat lagi, dan kelihatan jalan raya kg sugud sudah pun naik arus air. 



Mohon doakan supaya masalah banjir di Kg Sugud dapat diselesaikan. Diharap tugas memberi bantuan pada warga kg sugud dipermudahkan...



Ikhlas daripada,

PKPHS


16 Oct 2021


Hari ini team PKPHS sempat turun ke Kg Sugud untuk memberi bekalan nasi kepada sukarelawan yang bertugas disitu, disamping juga menghantar bekalan air mineral untuk keluarga mangsa banjir kilat di Kg Sugud.




Untuk makluman, Kg Sugud masih memerlukan bantuan bekalan. Kelihatan disini bekalan yang ada pun sudah tidak banyak tinggal. Terutama sekali air mineral yang paling diperlukan di saat ini.  Jadi diharap saudara saudari sekalian masih bersama PKPHS bantu hulurkan sumbangan kepada keluarga mangsa banjir kilat di Kg Sugud ya.




Ikhlas daripada,

PKPHS




05 Oct 2021


Salam sejahtera kepada saudara dan saudari sekalian. 


Hari ini Persatuan Kebajikan Pelita Harapan Sabah 

(PKPHS) masih meneruskan misi menghantar bantuan bekalan kepada keluarga mangsa banjir di Kg Timpangoh dan Kg Manhansung,   Sugud.


Usaha murni untuk terus membantu keluarga mangsa banjir tidak akan henti selagi PKPHS masih ada sokongan, dorongan dan bantuan derma ikhlas dari anda. Terima kasih diatas keprihatinan penyumbang  sekalian, kerana masih bersama PKPHS !



ikhlas daripada,

PKPHS


02 Oct 2021


Dari pagi hinggalah malam tidak henti memberi bantuan kepada keluarga mangsa banjir di Kg Sugud.  Ini lah gambar terkini sukarelawan dan NGO PKPHS  membawa tilam, selimut dan air mineral kepada mangsa banjir.



Kampung Sugud amat besar dan terletak di kawasan pedalaman.  Ramai keluarga masih memerlukan bantuan bekalan dari dermawan, sebab sehingga hari ini, mereka tidak mempunyai air yang bersih untuk kegunaan harian. Mereka juga tidak ada bekalan elektrik. Dan hanya bergantung pada lilin untuk menyinari kegelapan. Amat menyedihkan dan berat mata memandang sehigga air mata  mengalir apabila melihat keadaan mereka.


Wahai saudara dan saudari sekalian. Doakan segala urusan dipermudahkan. PKPHS sehingga hari ini, masih tidak henti membantu mereka.


Ikhlas daripada,

PKPHS

28 Sep 2021

Salam sejahtera saudara-saudari sekalian. Di sini PKPHS ingin berkongsi gambar terkini di kawasan Timpangoh dan Mahansung, Sugud. Keadaan situ masih berlumpur tebal dan ketika ini sukarelawan  yang dikerah untuk bantu membersihkan jalan masuk kampung juga menghadapi banyak cabaran.



Tambahan lagi cuaca di Sabah tidak menentu juga melambatkan proses pembersihan. Apabila hujan lebat, lumpur dari tanah bukit mengalir turun tidak berhenti. Dan kerja pembersihan perlu dilakukan. 


Banyak perlu diperbaik pulihkan. Disebabkan dahan, ranting kayu terlalu banyak menutupi jalan masuk ke kampung.





Saudara-saudari sekalian, mohon doakan kepada keluarga mangsa banjir agar semua pembaikpulih dipermudahkan. Tak lupa juga, moga team PKPHS dan sukarelawan terbabit dapat meneruskan usaha membantu orang kampung yang terjejas.


 

Ikhlas daripada,

PKPHS

25 Sep 2021


Hari ini, PKPHS mula memberi bantuan air mineral  untuk mangsa banjir kg Sugud, bagi kawasan Timpangoh dan Mahansung. Saudara Jinilis, selaku wakil penerima bagi kedua-dua kawasan tersebut.


Disebabkan dana terhad pada masa kini, PKPHS akan memberi bantuan air mineral dan makanan secara berperingkat. 


Doakan ya, semoga segala misi bantu keluarga  mangsa banjir dipermudahkan. 


Ikhlas daripada,

PKPHS

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 29, 2021
ISEMAAIL BASRI, FATIMAH IBRAHIM, BASRI HASSAN, FATIMAH AHMAD, IBRAHIM ALI, SELAMAH ISMAIL
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 29, 2021
MAZLAN BIN MASTAN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 29, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 29, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 28, 2021

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Others

Kempen yang mungkin anda berminat

MENYANTUNI KUCING TERBIAR DI BULAN RAMADHAN
Kempen Sumbangan Tamat