Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM2,370 / 67.71 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,500
105 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Bagi golongan wanita Islam, telekung adalah suatu keperluan yang akan menjadikan sesuatu ibadah lebih selesa. Apabila selesa menggunakan telekung maka akan lebih tenang dan selesa untuk beribadah. InsyaAllah.
Namun, umpama sudah menjadi perkara lumrah, telekung yang digunakan mereka yang kurang bernasib baik ini sudah uzur, kotor atau berbau. Apabila telekung yang disediakan di luar terlihat kotor dan berbau, dek sentiasa digunakan atau telah lama tidak ditukar. Sudah semestinya memerlukan telekung yang baru.
Jadi, kami mengambil inisiatif untuk menghadiahkan 30 telekung kepada 30 ibu tunggal dan ibu kurang bernasib baik agar dapat melakukan ibadah dengan lebih selesa, menemui Tuhan Yang Maha Esa dalam keadaan bersih.
Telekung ini akan diberikan sebelum Hari Raya Aidiladha sebagai hadiah dari semua penderma budiman. Semoga dengan sedikit sumbangan kita, Allah tambah rezeki kita sekeluarga kerana menggembirakan hati orang lain, seorang ibu.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Jumlah bersih RM2131.50 telah diterima melalui sumbangan ini. Sebanyak 25 orang ibu penerima telah diterima sumbangan ini.
RM25 X 25 pasang = RM2250.
Terima kasih kepada penyumbang. Semoga Allah terima Amal kita.
Sumbangan ditutup.
Alhamdulilah, kami telah membeli 15 pasang telekung untuk fasa pertama ini. InsyaAllah akan diagihkan pada minggu ini dan hadapan.
Telekung, bungkusan dan hadiah yang boleh digunakan untuk beribadah. Semoga ianya dapat digunakan sebaiknya oleh penerima dan menjadi saham kepada pemberi.
Untuk makluman,
Cadangan pemberian telekung ini kepada penerima adalah pada :
11 Jun 2021 - 15 orang penerima
9 Julai 2021 - 15 orang penerima
16 Julai 2021 - sekiranya ada baki penerima yang belum terima akan diselesaikan pada hari ini.
Semoga dipermudahkan urusan kita semua. Jom teruskan menyumbang.
* Gambar penerima akan diupdate di sini.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 31, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
May 31, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 31, 2021
A
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 30, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
May 30, 2021