WAKAF AIR BERSIH FASA 2

Dianjurkan oleh:
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Dimulakan pada:
23 Apr, 2021
WAKAF AIR BERSIH FASA 2
100.09%
RM114,538
/RM114,435
2225
penyumbang
-
baki hari

Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Sumbangan.com

Tentang Kempen

WAKAF AIR BERSIH ANAK YATIM & TAHFIZ (FASA 2) Sudah menjadi rutin untuk anak-anak tahfiz menjaga makan dan minum mereka kerana dari makan minum yang yang halalan toyyiban terlahir sekeping ha...
WAKAF AIR BERSIH ANAK YATIM & TAHFIZ (FASA 2) Sudah menjadi rutin untuk anak-anak tahfiz menjaga makan dan minum mereka kerana dari makan minum yang yang halalan toyyiban terlahir sekeping ha...
WAKAF AIR BERSIH ANAK YATIM & TAHFIZ (FASA 2) Sudah menjadi rutin untuk anak-anak tahfiz menjaga makan dan minum mereka kerana dari makan minum yang yang halalan toyyiban terlahir sekeping ha...

WAKAF AIR BERSIH ANAK YATIM & TAHFIZ (FASA 2)

 

Sudah menjadi rutin untuk anak-anak tahfiz menjaga makan dan minum mereka kerana dari makan minum yang yang halalan toyyiban terlahir sekeping hati untuk mudah menghafaz kalam Allah.

 

Mungkin anda tertanya-tanya, "Bagaimana aku boleh menumpang berkat mereka untuk bekal akhirat aku kelak?"

 

Anak-anak tahfiz, anak yatim & asnaf yang kami santuni amat memerlukan bekalan sumber air bersih.

 

Untuk minum mereka,

Untuk ibadah mereka,

Untuk kesihatan jasmani mereka,

Untuk rohani mereka yang perlu dipelihara.

 

Bayangkan dalam setiap kemudahan mereka mengalunkan bacaan al-quran, ada bahagian pahala Tuan/Puan yang membantu mereka melalui sumber air bersih yang mereka nikmati.

 

Saad Bin Ubadah bertanya kepada Rasulullah: "Sedekah apakah yang paling afdal?"

Rasulullah SAW bersabda: "Air."

 

Tuan/Puan, wakaf penapis air ini adalah satu amal yang pahalanya mengalir berterusan.

 

Dari wakaf ini, kehidupan dan sumber makan minum anak-anak ini lebih terjamin.

 

Tidak ada kebetulan anda membaca kempen kami ini melainkan Allah sedang buka pintu untuk beramal.

 

Terus bantu kami dalam menyediakan air bersih untuk anak-anak soleh ini. 


Untuk FASA 2, 15 buah lagi Rumah / Maahad Anak-anak Yatim, Tahfiz & Asnaf ini insyaallah juga akan menjadi ladang pahala kita.

 

Sepertimana mengalirnya air berih yang anak-anak ini nikmati kelak, kami doakan semoga begitulah tanpa henti pahala mengalir dalam saham akhirat Tuan/Puan.


Dana Diperlukan: RM 114,435

 

Dana ini adalah termasuk penghantaran, pemasangan, penyelenggaraan, pemasaran dan lain-lain kos untuk menjayakan kempen ini.

 

Anda juga boleh menghadiahkan wakaf air bersih ini di atas nama sendiri, ibu bapa, ahli keluarga atau saudara mara sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

 

Sepertimana mengalirnya air bersih yang anak-anak ini nikmati kelak, kami doakan semoga begitulah tanpa henti pahala mengalir dalam saham akhirat Tuan/Puan.


Maklumat Terkini Wakaf Air Bersih FASA 1


Alhamdulillah hasil dana FASA 1 untuk Kempen ini, 10 Unit di Rumah Anak Yatim / Maahad Anak Yatim & Asnaf sedang dalam proses pemasangan. 


Senarai Rumah / Maahad terpilih dalam proses pemasangan:


1. MAAHAD TAHFIZ RAUDHATUS SAKINAH

Kampung Jenjarom, Selangor (1 Unit)


2. MAAHAD ISLAMIAH WA TARBIATUL BANAT

Selayang Baru, Batu Caves (1 Unit)


3. PERTUBUHAN KEBAJIKAN AR RAHMANIAH

Rasa, Selangor (1 Unit)


4. PUSAT PENGAJIAN ISLAM DAN AKEDEMIK (ANAK YATIM & ASNAF)

Kota Damansara, Selangor (2 Unit)


Nantikan info terkini.

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
May 04, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
May 04, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 04, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 04, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 04, 2021

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Others

Kempen yang mungkin anda berminat

INFAQ BERAS BAGI WARGA MISKIN DAN ASNAF KELAPARAN
BAIK PULIH NAIK TARAF PUSAT PENDIDIKAN HLC TAHUN 2025
PEMBINAAN MADRASAH UNTUK PELAJAR HAFAZAN AL-QURAN
BANTUAN MAKANAN PANAS DAN ROTI UNTUK UTARA GAZA
TABUNG BAIK PULIH TAHFIZ ASY SYAKIRIN
Kempen Sumbangan Tamat