Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Dimulakan pada Apr 23, 2021
RM114,538 / 100.09 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM114,435
2225 Penyumbang
Kempen Berjaya
WAKAF AIR BERSIH ANAK YATIM & TAHFIZ (FASA 2)
Sudah menjadi rutin untuk anak-anak tahfiz menjaga makan dan minum mereka kerana dari makan minum yang yang halalan toyyiban terlahir sekeping hati untuk mudah menghafaz kalam Allah.
Mungkin anda tertanya-tanya, "Bagaimana aku boleh menumpang berkat mereka untuk bekal akhirat aku kelak?"
Anak-anak tahfiz, anak yatim & asnaf yang kami santuni amat memerlukan bekalan sumber air bersih.
Untuk minum mereka,
Untuk ibadah mereka,
Untuk kesihatan jasmani mereka,
Untuk rohani mereka yang perlu dipelihara.
Bayangkan dalam setiap kemudahan mereka mengalunkan bacaan al-quran, ada bahagian pahala Tuan/Puan yang membantu mereka melalui sumber air bersih yang mereka nikmati.
Saad Bin Ubadah bertanya kepada Rasulullah: "Sedekah apakah yang paling afdal?"
Rasulullah SAW bersabda: "Air."
Tuan/Puan, wakaf penapis air ini adalah satu amal yang pahalanya mengalir berterusan.
Dari wakaf ini, kehidupan dan sumber makan minum anak-anak ini lebih terjamin.
Tidak ada kebetulan anda membaca kempen kami ini melainkan Allah sedang buka pintu untuk beramal.
Terus bantu kami dalam menyediakan air bersih untuk anak-anak soleh ini.
Untuk FASA 2, 15 buah lagi Rumah / Maahad Anak-anak Yatim, Tahfiz & Asnaf ini insyaallah juga akan menjadi ladang pahala kita.
Sepertimana mengalirnya air berih yang anak-anak ini nikmati kelak, kami doakan semoga begitulah tanpa henti pahala mengalir dalam saham akhirat Tuan/Puan.
Dana Diperlukan: RM 114,435
Dana ini adalah termasuk penghantaran, pemasangan, penyelenggaraan, pemasaran dan lain-lain kos untuk menjayakan kempen ini.
Anda juga boleh menghadiahkan wakaf air bersih ini di atas nama sendiri, ibu bapa, ahli keluarga atau saudara mara sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.
Sepertimana mengalirnya air bersih yang anak-anak ini nikmati kelak, kami doakan semoga begitulah tanpa henti pahala mengalir dalam saham akhirat Tuan/Puan.
Maklumat Terkini Wakaf Air Bersih FASA 1
Alhamdulillah hasil dana FASA 1 untuk Kempen ini, 10 Unit di Rumah Anak Yatim / Maahad Anak Yatim & Asnaf sedang dalam proses pemasangan.
Senarai Rumah / Maahad terpilih dalam proses pemasangan:
1. MAAHAD TAHFIZ RAUDHATUS SAKINAH
Kampung Jenjarom, Selangor (1 Unit)
2. MAAHAD ISLAMIAH WA TARBIATUL BANAT
Selayang Baru, Batu Caves (1 Unit)
3. PERTUBUHAN KEBAJIKAN AR RAHMANIAH
Rasa, Selangor (1 Unit)
4. PUSAT PENGAJIAN ISLAM DAN AKEDEMIK (ANAK YATIM & ASNAF)
Kota Damansara, Selangor (2 Unit)
Nantikan info terkini.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
MOHAMAD FAIZZUDIN BIN AHMAD NORDIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 04, 2021
MUHAMMAD ALIFF ASYRAF BIN MOKTAR
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 04, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM40.00
May 04, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 04, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
May 04, 2021