WAKAF AIR BERSIH ANAK YATIM & TAHFIZ Sudah menjadi rutin untuk anak-anak tahfiz menjaga makan dan minum
mereka kerana dari makan minum yang yang halalan toyyiban terlahir sekeping
hati untu...
WAKAF AIR BERSIH ANAK YATIM & TAHFIZ
Sudah menjadi rutin untuk anak-anak tahfiz menjaga makan dan minum
mereka kerana dari makan minum yang yang halalan toyyiban terlahir sekeping
hati untuk mudah menghafaz kalam Allah.
Mungkin anda tertanya-tanya, "Bagaimana aku boleh menumpang berkat
mereka untuk bekal akhirat aku kelak?"
Anak-anak tahfiz ini serta anak yatim yang kami santuni amat memerlukan
bekalan sumber air bersih.
Untuk minum mereka,
Untuk ibadah mereka,
Untuk kesihatan jasmani mereka,
Untuk rohani mereka yang perlu dipelihara.
Bayangkan dalam setiap kemudahan mereka mengalunkan bacaan al-quran, ada
bahagian pahala Tuan/Puan yang membantu mereka melalui sumber air bersih yang
mereka nikmati.
Saad Bin Ubadah bertanya kepada Rasulullah: "Sedekah apakah yang paling afdhal?
Rasulullah SAW bersabda: Air."
Tuan/Puan, wakaf penapis air ini adalah satu amal yang pahalanya
mengalir berterusan. Dari wakaf ini, kehidupan dan sumber makan minum anak-anak
tahfiz serta anak yatim lebih terjamin. Tidak ada kebetulan anda membaca kempen
kami ini melainkan Allah sedang buka pintu untuk beramal.
Bantu kami dalam menyediakan air bersih untuk anak-anak soleh ini. 10
Mahad Tahfiz serta anak yatim ini insyaallah akan menjadi ladang pahala kita.
Dana Diperlukan: RM56,290.00
Dana ini adalah termasuk penghantaran, pemasangan, penyelenggaraan dan
lain-lain kos untuk menjayakan kempen ini.
Anda juga boleh menghadiahkan wakaf air bersih ini di atas nama sendiri,
ibu bapa, ahli keluarga atau saudara mara sama ada yang masih hidup mahupun
yang telah meninggal dunia.
Sepertimana mengalirnya air bersih yang anak-anak ini nikmati kelak, kami doakan
semoga begitulah tanpa henti pahala mengalir dalam saham akhirat Tuan/Puan.