WAKAF PENAPIS UDARA FASA 1

Dimulakan pada:
16 Jun, 2021
WAKAF PENAPIS UDARA FASA 1
100.10%
RM21,222
/RM21,200
755
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Jom sertai kami dalam Kempen Wakaf Penapis Udara untuk mereka. Bantu kami menyediakan penapis udara berkualiti tinggi kepada 20 rumah anak-anak yatim dan asnaf serta rumah perlindungan warga emas
WAKAF PENAPIS UDARAPernah anda melawat ke rumah anak-anak yatim dan asnaf ataupun rumah perlindungan warga emas?Mereka tinggal beramai-ramai di sana. Adakalanya, disitulah mereka makan & minum, be...
Jom sertai kami dalam Kempen Wakaf Penapis Udara untuk mereka. Bantu kami menyediakan penapis udara berkualiti tinggi kepada 20 rumah anak-anak yatim dan asnaf serta rumah perlindungan warga emas

WAKAF PENAPIS UDARA

Pernah anda melawat ke rumah anak-anak yatim dan asnaf ataupun rumah perlindungan warga emas?

Mereka tinggal beramai-ramai di sana. Adakalanya, disitulah mereka makan & minum, belajar dan di situ jugalah mereka tidur.

Kekurangan system pengudaraan yang baik dan berkemungkinan disebabkan oleh ruang yang sentiasa tertutup, akan menyebabkan kualiti udara di persekitaran mereka kurang bersih. Oleh kerana itu, mereka mudah mendapat penyakit seperti selsema, batuk, asthma dan demam dan sebagainya.

Pandemik Covid19 masakini juga ditahap sangat membimbangkan. Di dada akhbar dan berita di televisyen juga menyebut tentang virus jahat ini mampu merebak melalui udara. Bayangkan, jika virus ini tercetus di kediaman padat mereka, pasti akan menimbulkan banyak permasalahan dan mampu mengancam nyawa mereka.

 Lebih baik kita mencegah sebelum terlambat.

Siapa lagi yang boleh menjaga kebajikan anak-anak yatim dan asnaf serta warga emas ini jika tidak kita?

Jom sertai kami dalam Kempen Wakaf Penapis Udara untuk mereka. Bantu kami menyediakan penapis udara berkualiti tinggi kepada 20 rumah anak-anak yatim dan asnaf serta rumah perlindungan warga emas yang memerlukan di Semenanjung Malaysia.

Semoga dengan sumbangan ikhlas dari anda dapat memberikan kualiti hidup yang lebih baik dan mengurangkan penularan penyakit melalui udara untuk mereka yang dikasihi Rasulullah SAW ini. 

Sasaran Dana: RM 122,250

Dana ini adalah termasuk kos pengurusan, penghantaran, pemasangan, penyelenggaraan, pemasaran dan lain-lain kos untuk menjayakan kempen ini.

 

Anda juga boleh menghadiahkan wakaf penapis udara ini di atas nama sendiri, ibu bapa, ahli keluarga atau saudara mara sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Allah SWT berfirman, “Perumpamaan (derma atau nafkah) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah SWT adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh batang tangkai: setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Allah SWT akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang kehendaki-Nya dan Allah SWT Maha luas kurniaan-Nya lagi Maha Mengetahui.” (Al-Baqarah: 261) 

Semoga Allah merahmati anda.

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 20, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 20, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 19, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 19, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 19, 2021

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Others

Kempen yang mungkin anda berminat

BANTUAN PERUBATAN DAN PENGURUSAN WARGA EMAS
SOKONG KEPERLUAN ASAS PELAJAR OKU DAN ANAK ANAK TAK BERKEMAMPUAN
Kempen Sumbangan Tamat