Yayasan Amal Maaruf Malaysia melalui program Infaq Jumaat kali ini akan menyalurkan sumbangan untuk anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal yang terkesan Covid-19.
Infaq Jumaat
Pendemik Covid-19
yang melanda negara telah menyebabkan ramai di luar sana yang terkesan khususnya
dari segi kewangan atau pendapatan. Bagi meringankan sedikit beban mereka,
pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia melalui program Infaq Jumaat kali ini akan
menyalurkan sumbangan makanan asas / makanan kering dan keperluan harian untuk anak-anak
yatim dan ibu-ibu tunggal yang terkesan dengan Covid-19 khususnya di sekitar
Lembah Klang dan kawasan lain yang memerlukan.
Oleh itu, pihak
Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama
menjayakan program ini demi manfaat penerima-penerima sumbangan dan semoga
sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.
Allah SWT berfirman
yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan
Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai;
tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah
melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas
(rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah : 261)
Nabi Muhammad S.A.W.
bersabda: "Sebaik-baik hari adalah hari Jumaat, kerana pada hari itulah
Adam diciptakan. Pada hari itu pula ia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari
itu juga ia dikeluarkan daripadanya. Dan hari kiamat tidak terjadi kecuali pada
hari Jumaat." (Riwayat Muslim)
Nabi S.A.W. juga ada
bersabda: ………."Dan sedekah pada hari itu (Jumaat) lebih mulia dibanding
hari-hari selainnya". (Riwayat Ibnu Khuzaimah)
Terima Kasih.
Wassalam.