Yayasan Amal Maaruf Malaysia ingin mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan kempen ini demi manfaat warga emas asnaf di Rumah Penyayang Rohani. Semoga usaha Tuan Puan diganjari Allah SWT.
Assalamualaikum
W.B.T.
Infaq Asnaf Rumah
Penyayang Warga Emas
Program Infaq yang
dianjurkan oleh Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) ini mengkhususkan pemberian
bantuan kewangan, makanan & keperluan harian untuk golongan asnaf warga
emas yang menghuni di Rumah Penyayang Rohani, di Jalan Ismail, Benut, Pontian,
Johor. Seramai 8 orang warga emas asnaf yang menghuni rumah tersebut yang
terdiri daripada 3 lelaki dan 5 perempuan dan urusan mereka ini dibantu oleh
dua orang penduduk kampung berhampiran. Dijangkakan warga asnaf di rumah ini
akan bertambah dalam masa terdekat dan ini sangat bergantung kepada kemampuan
kewangan bagi menguruskan mereka.
Oleh itu, pihak
Yayasan Amal Maaruf Malaysia ingin mempelawa orang ramai untuk bersama-sama
menjayakan kempen ini demi manfaat warga emas asnaf di Rumah Penyayang Rohani
dan semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah
SWT.
Daripada Anas bin
Malik RA, dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda yang maksudnya: “Tidaklah orang
yang muda itu apabila dia memuliakan orang yang tua disebabkan usianya,
melainkan Allah akan menetapkan pada usia tuanya nanti akan ada orang yang
memuliakannya.” (Riwayat al-Tirmizi)
Allah SWT berfirman
yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan
Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai;
tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah
melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas
(rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah,
ayat 261)
Terima Kasih.
Wassalam.