Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program Infaq Bantuan ini demi manfaat Pelajar-Pelajar Tahfiz dari kalangan Anak-Anak Yatim.
Assalamualaikum W.B.T.
Infaq Bantuan Untuk Anak Yatim Tahfiz
Program Infaq Bantuan anjuran Yayasan
Amal Maaruf Malaysia (YAMM) ini mengkhususkan pemberian bantuan makanan & minuman
serta keperluan asas harian untuk pelajar-pelajar Tahfiz dari kalangan
Anak-Anak Yatim di sekitar Lembah Klang. Pihak YAMM dimaklumkan bahawa bantuan
ini sangat diperlukan oleh mereka agar sesi pembelajaran qiraat dan hafazan Quran
berjalan dengan lancar.
Oleh itu, pihak
Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) mempelawa orang ramai untuk bersama-sama
menjayakan program Infaq Bantuan ini demi manfaat Pelajar-Pelajar Tahfiz dari
kalangan Anak-Anak Yatim ini dan semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan
ganjaran yang besar oleh Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda: “Orang-orang yang memelihara
anak yatim di antara umat muslimin, memberikan mereka makan dan minum, pasti
Allah memasukkannya ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh
diampuni.” (Riwayat al- Tirmidzi dari Ibnu Abbas).
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kamu tidak sekali-kali
akan dapat mencapai kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian
daripada apa yang kamu sayangi. Sesuatu apa jua yang kamu dermakan, maka
sesungguhnya Allah mengetahuinya.” (Ali Imran: 92)
Allah SWT berfirman
yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan
Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai;
tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah
melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas
(rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah,
ayat 261)
Terima Kasih.
Wassalam.