Pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk menjayakan program ini demi manfaat Anak-Anak Yatim Piatu dan Asnaf yang uzur dan sedang terlantar sakit yang amat memerlukan bantuan.
Assalamulaikum W.B.T.
Infaq Ihsan Untuk
Anak Yatim Piatu dan Asnaf Uzur
Melalui program Infaq
Ihsan Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) ini, bantuan berupa makanan dan
keperluan asas akan diagihkan kepada penerima dari kalangan Anak Yatim Piatu
dan Asnaf yang uzur dan sedang terlantar sakit yang amat memerlukan bantuan di
sekitar Lembah Klang dan kawasan sekitar yang berdekatan.
Sesungguhnya, ramai
di luar sana yang sedang diuji dengan pelbagai ujian kehidupan khususnya di
musim pandemik Covid-19 samada sakit, kehilangan sumber pendapatan mahupun
kehilangan orang tersayang yang selama ini menanggung urusan nafkah / kehidupan
keluarga.
Oleh itu, sebagai
menyahut seruan Nabi Muhammad S.A.W. yang maksudnya: “Sesiapa yang melepaskan
satu kesusahan seorang Mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu
kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah,
pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis riwayat
Muslim), maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk
bersama-sama menjayakan program ini demi manfaat penerima-penerima sumbangan
dan semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah
SWT.
Allah SWT berfirman
yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan
Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai;
tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah
melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas
(rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah,
ayat 261)
Terima Kasih.
Wassalam.