Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program untuk manfaat Anak-Anak Fakir Miskin dan Gelandangan. Semoga usaha ini mendapat ganjaran dari Allah SWT.
Assalamualaikum W.B.T.
Infaq Jumaat Anak-Anak Fakir Miskin dan
Gelandangan
Program Infaq Jumaat Yayasan Amal Maaruf
Malaysia (YAMM) untuk minggu ini mengkhususkan pemberian bantuan makanan &
keperluan harian untuk Anak-Anak Fakir Miskin dan Gelandangan yang berada di kawasan
Lembah Klang.
Oleh itu, pihak
Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) mempelawa orang ramai untuk bersama-sama
menjayakan program ini demi manfaat Anak-Anak Fakir Miskin dan Gelandangan dan semoga
sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.
Nabi SAW juga ada bersabda: “Sesiapa yang melepaskan satu
kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu
kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah,
pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis Riwayat
Muslim)
Nabi SAW bersabda: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana
air memadamkan api.” (Riwayat Tirmizi)
Allah SWT berfirman
yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan
Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai;
tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah
melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas
(Rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”
(al-Baqarah: 261)
Terima Kasih.
Wassalam.