Sejak akhir-akhir ini, didapati jumlah anak-anak yatim semakin meningkat berikutan kehilangan ibu / bapa / penjaga mereka akibat wabak Covid-19. Marilah bersama membantu meringankan beban hidup mereka
Assalamualaikum WBT
Infaq Jumaat Anak Yatim Miskin dan Asnaf
Muallaf
Sejak akhir-akhir
ini, didapati jumlah anak-anak yatim semakin meningkat berikutan kehilangan ibu
/ bapa / penjaga mereka akibat wabak Covid-19. Ramai di antara mereka yang dahulunya
hidup senang, namun kini kehidupan mereka telah berubah sebaliknya.
Yayasan Amal Maaruf
Malaysia (YAMM) melalui program Infaq Jumaat minggu ini akan mengkhususkan
pemberian bantuan kewangan dan makanan asas / makanan kering untuk golongan Anak
Yatim Miskin dan Asnaf Muallaf di sekitar Lembah Klang dan kawasan lain yang
memerlukan.
Oleh itu, pihak
Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan
program Infaq Jumaat ini demi manfaat golongan Anak Yatim Miskin dan Asnaf
Muallaf. Semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh
Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda: “Orang-orang yang memelihara
anak yatim di antara umat muslimin, memberikan mereka makan dan minum, pasti
Allah memasukkannya ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh
diampuni.” (Riwayat al- Tirmidzi dari Ibnu Abbas).
Nabi SAW juga ada bersabda: “Sesiapa yang melepaskan satu
kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu
kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah,
pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis Riwayat
Muslim)
Allah SWT berfirman
yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan
Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai;
tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah
melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas
(rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah : 261)
Terima Kasih.
Wassalam.