Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program Infaq Jumaat ini demi manfaat golongan Asnaf dan Anak-anak Yatim miskin. Semoga Allah SWT membalas ganjarannya.
Assalamualaikum W.B.T.
Infaq Jumaat Asnaf Dan Anak Yatim Miskin
Pihak Yayasan Amal
Maaruf Malaysia (YAMM) melalui program Infaq Jumaat minggu ini akan menyalurkan
bantuan kewangan dan makanan asas / makanan kering untuk golongan Asnaf dan anak-anak
yatim miskin yang kehilangan ibu / bapa / penjaga akibat Covid-19 khususnya
yang berada di sekitar Lembah Klang.
Oleh itu, pihak Yayasan
Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan
program ini demi manfaat golongan Asnaf dan anak-anak yatim miskin dan semoga
sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.
Allah SWT berfirman
yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan
Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap
tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah
melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas
(Rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah :
261)
Rasullullah SAW bersabda:
“Aku dan orang yang menanggung anak yatim (kedudukannya) di syurga seperti
ini", kemudian Rasullullah SAW mengisyaratkan jari telunjuk dan jari
tengah dan merenggangkan keduanya." (HR Bukhari)
Terima Kasih.
Wassalam.