INFAQ JUMAAT ASNAF DAN ANAK YATIM MISKIN

Dianjurkan oleh:
YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA
Dimulakan pada:
14 Oct, 2021
INFAQ JUMAAT ASNAF DAN ANAK YATIM MISKIN
100.00%
RM6,500
/RM6,500
261
penyumbang
-
baki hari

YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA
Sumbangan.com

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program Infaq Jumaat ini demi manfaat golongan Asnaf dan Anak-anak Yatim miskin. Semoga Allah SWT membalas ganjarannya.
Assalamualaikum W.B.T. Infaq Jumaat Asnaf Dan Anak Yatim Miskin Pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) melalui program Infaq Jumaat minggu ini akan menyalurkan bantuan kewangan dan maka...
Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program Infaq Jumaat ini demi manfaat golongan Asnaf dan Anak-anak Yatim miskin. Semoga Allah SWT membalas ganjarannya.

Assalamualaikum W.B.T.

 

Infaq Jumaat Asnaf Dan Anak Yatim Miskin

 

Pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) melalui program Infaq Jumaat minggu ini akan menyalurkan bantuan kewangan dan makanan asas / makanan kering untuk golongan Asnaf dan anak-anak yatim miskin yang kehilangan ibu / bapa / penjaga akibat Covid-19 khususnya yang berada di sekitar Lembah Klang.

 

Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi manfaat golongan Asnaf dan anak-anak yatim miskin dan semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.

 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (Rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah : 261)


Rasullullah SAW bersabda: “Aku dan orang yang menanggung anak yatim (kedudukannya) di syurga seperti ini", kemudian Rasullullah SAW mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengah dan merenggangkan keduanya." (HR Bukhari)

 

Terima Kasih.



Wassalam.

Laporan Kempen

08 Aug 2022

Alhamdulillah, sumbangan yang diterima telah disalurkan sebahagiannya kepada penerima-penerima dari kalangan Asnaf dan Anak Yatim Miskin. Terima kasih kepada para penyumbang, semoga Allah membalas dan memberi ganjaran yang besar kepada Tuan Puan yang menyumbang. Aamiinn..



Rujukan Terkini

1
NorHannan Amani bt Hasdi

NorHannan Amani bt Hasdi

Jumlah

1
!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM15.00
Oct 17, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 17, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 17, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Oct 17, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 17, 2021

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Others

Kempen yang mungkin anda berminat

Tiada kempen dijumpai

Kempen Sumbangan Tamat