Infaq Jumaat Yayasan Amal Maaruf Malaysia untuk minggu ini akan mengkhususkan pemberian sumbangan makanan berbentuk Daging Ayam dan Daging Lembu segar untuk keluarga Asnaf.
Assalamualaikum W.B.T.
Infaq Jumaat Ayam dan Daging Segar Untuk
Asnaf
Program Infaq Jumaat
Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) untuk minggu ini akan mengkhususkan
pemberian sumbangan makanan berbentuk Daging Ayam dan Daging Lembu segar untuk keluarga Asnaf yang berada di sekitar Lembah Klang.
Suasana ekonomi yang
tidak begitu baik ketika ini telah menyebabkan ramai di luar sana yang menghadapi
masalah kewangan atau pendapatan. Bagi meringankan sedikit beban mereka, pihak
Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama
menjayakan program ini demi manfaat penerima-penerima sumbangan dan semoga
sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.
Nabi Muhammad S.A.W.
bersabda: "Sebaik-baik hari adalah hari Jumaat, kerana pada hari itulah
Adam diciptakan. Pada hari itu pula ia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari
itu juga ia dikeluarkan daripadanya. Dan hari kiamat tidak terjadi kecuali pada
hari Jumaat." (Riwayat Muslim)
Nabi S.A.W. juga ada
bersabda: ………."Dan sedekah pada hari itu (Jumaat) lebih mulia dibanding
hari-hari selainnya". (Riwayat Ibnu Khuzaimah)
Allah SWT berfirman
yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan
Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai;
tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah
melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat)
kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah : 261)
Terima Kasih.
Wassalam.