Program Infaq Jumaat YAMM kali ini akan menyalurkan bantuan kewangan dan makanan asas / makanan kering untuk golongan asnaf dari keluarga ibu tunggal dan warga emas di sekitar Lembah Klang.
Infaq Jumaat
Pihak Yayasan Amal
Maaruf Malaysia melalui program Infaq Jumaat kali ini akan menyalurkan bantuan
kewangan dan makanan asas / makanan kering untuk golongan asnaf dari keluarga
ibu tunggal dan warga emas di sekitar Lembah Klang yang terkesan dengan
pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Oleh itu, pihak
Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan
program Infaq Jumaat ini demi manfaat golongan
asnaf dari keluarga ibu tunggal dan warga emas. Semoga sumbangan Tuan Puan
diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.
Nabi SAW bersabda: "Orang yang memberi kecukupan
kepada para janda (ibu tunggal) dan orang-orang miskin (pahalanya) seperti
orang yang berjihad di jalan Allah atau seperti orang yang qiamullail di malam
hari atau yang berpuasa di siang harinya" (Hadis riwayat Bukhari).
Nabi SAW juga ada bersabda:“Sesiapa yang melepaskan satu
kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu
kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah,
pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis riwayat
Muslim)
Allah SWT berfirman
yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan
Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai;
tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah
melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas
(rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah : 261)
Terima Kasih.