Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program Infaq Jumaat ini demi manfaat golongan asnaf Saudara Baru dan Anak Yatim.
Infaq Jumaat
Pihak Yayasan Amal
Maaruf Malaysia melalui program Infaq Jumaat kali ini akan menyalurkan bantuan
kewangan dan makanan asas / makanan kering untuk golongan asnaf Saudara Baru
dan Anak Yatim di sekitar Lembah Klang dan kawasan lain yang memerlukan.
Oleh itu, pihak
Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan
program Infaq Jumaat ini demi manfaat golongan asnaf Saudara Baru dan Anak
Yatim. Semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh
Allah SWT.
Nabi SAW bersabda: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana
air memadamkan api.” (Hadis Riwayat Tirmizi).
Nabi SAW juga ada bersabda: “Sesiapa yang melepaskan satu
kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu
kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah,
pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis Riwayat
Muslim)
Allah SWT berfirman
yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan
Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai;
tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah
melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas
(rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah : 261)
Terima Kasih.