Pihak YAMM ingin membuka peluang kepada orang ramai untuk menyalurkan sumbangan bagi makan minum, penginapan dan pendidikan warga emas dan dewasa ini. Semoga Allah SWT membalas jasa baik Tuan Puan.
Assalamulaikum W.B.T.
Infaq Makanan, Penginapan &
Pendidikan Warga Emas Dan Dewasa Fasa 1
Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM)
telah menjadikan sebuah rumah di Jalan Ismail, Benut, Pontian, Johor sebagai madrasah
pendidikan Islam untuk warga emas dan dewasa. Pendidikan tidak formal ini melibatkan
penyertaan seramai 30 orang warga emas dan dewasa. Madrasah ini menggunakan
kaedah sistem pendidikan Pondok yang menekankan ilmu Fardhu Ain dan Fardhu
Kifayah oleh ustaz yang bertauliah.
Sebagai usaha untuk mengimarahkan pusat
pendidikan / madrasah ini, pihak YAMM ingin membuka peluang kepada orang ramai
untuk menyalurkan sumbangan / infaq bagi makan minum, penginapan dan pendidikan
warga emas dan dewasa ini.
Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf
Malaysia (YAMM) berbesar hati sekiranya Tuan Puan dapat menyumbang bagi
menjayakan usaha ini dan semoga Infaq Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang
besar oleh Allah SWT.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah
sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap
tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah
melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas
(rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah :
261)
Terima Kasih.
Wassalam.