Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi manfaat penerima-penerima sumbangan iaitu golongan Asnaf dan Orang Miskin di sekitar Lembah Klang.
Assalamualaikum W.B.T.
Infaq Makanan Untuk Asnaf Dan Orang
Miskin
Suasana ekonomi
ketika ini di samping pendemik Covid-19 yang melanda negara telah menyebabkan
ramai yang terkesan khususnya dari segi kewangan atau pun pendapatan. Bagi
meringankan sedikit beban mereka, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM)
melalui program Infaq Makanan akan menyalurkan sumbangan makanan sama ada
berupa nasi bungkus atau makanan asas / kering untuk golongan Asnaf dan Orang
Miskin di sekitar Lembah Klang.
Oleh itu, pihak
Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama
menjayakan program ini demi manfaat penerima-penerima sumbangan dan semoga
sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.
“Sesungguhnya orang terbaik di antara kalian adalah orang
yang memberi makan.” (HR. Thabrani).
Seorang laki-lai bertanya kepada Nabi SAW, “Perbuatan apa
yang terbaik di dalam Islam?” Nabi SAW menjawab, “Kamu memberi makan kepada
orang lain.” (HR. Bukhari dan Muslim).
Allah SWT berfirman
yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan
Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai;
tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah
melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas
(rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah : 261)
Terima Kasih.
Wassalam.