YAMM ingin membuka peluang kepada orang ramai untuk berinfaq dan berwakaf bagi menjayakan projek pembangunan FASA PERTAMA iaitu pembinaan Rumah / Bilik contoh untuk pelajar dewasa & Pejabat Operasi.
Assalamulaikum W.B.T.
Infaq Untuk Pembinaan
Rumah / Bilik contoh & Pejabat Operasi Pusat Pendidikan Islam Dewasa
Yayasan Amal Maaruf
Malaysia (YAMM) telah menerima sebidang tanah seluas 2.5 ekar di Kg. Hj. Salam,
Mukim Ulu Benut, Simpang Renggam, Johor untuk diwakafkan. Pihak YAMM bercadang
untuk membangunkan tanah wakaf tersebut bagi tujuan pendidikan Islam khusus
untuk golongan dewasa.
Sebagai permulaan,
pihak YAMM ingin membuka peluang kepada orang ramai untuk berinfaq dan berwakaf
bagi menjayakan projek pembangunan FASA PERTAMA iaitu pembinaan Rumah / Bilik
contoh untuk pelajar dewasa & Pejabat Operasi.
Oleh itu, pihak
Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) berbesar hati untuk mempelawa orang ramai bagi
menjayakan projek ini demi manfaat khususnya para penuntut ilmu agama golongan
dewasa dan usaha dakwah amnya. Semoga infaq Tuan Puan diberi pahala dan
ganjaran yang besar oleh Allah SWT.
Daripada Ibnu Umar
r.a katanya: “Umar telah mendapat sebidang
tanah di Khaibar kemudian dia datang
menghadap Nabi S.A.W untuk meminta pendapat berkenaan cara menguruskannya,
katanya: Wahai Rasulullah! Saya telah mendapat sebidang tanah di Khaibar. Saya belum pernah memperolehi harta yang
lebih baik daripada ini. Baginda bersabda: Jika kamu suka, tahanlah tanah itu
(wakafkanlah tanah itu ) dan kamu sedekahkan manfaatnya”. (Muttafaq a’laih / HR
Muslim)
Allah SWT berfirman
yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang
yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih
yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi
seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang
dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu
pengetahuan-Nya”. (Surah al-Baqarah: ayat 261)
Terima Kasih.
Wassalam.