Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program Sedekah Jumaat ini demi manfaat penerima-penerima sumbangan. Semoga sumbangan Tuan Puan diberkati Allah SWT.
Assalamualaikum W.B.T.
Sedekah Jumaat Untuk Anak Yatim Miskin &
Asnaf
Melalui program Sedekah
Jumaat anjuran Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) minggu ini, sumbangan yang
diterima akan disalurkan kepada penerima dari kalangan Anak-Anak Yatim miskin dan memerlukan bantuan serta golongan Asnaf di sekitar Lembah Klang dan
kawasan lain yang memerlukan.
Pihak Yayasan Amal
Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini
demi manfaat penerima-penerima sumbangan dan semoga sumbangan Tuan Puan diberi
pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.
Allah SWT berfirman
yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan
Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai;
tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah
melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas
(rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah : 261)
Nabi Muhammad S.A.W.
bersabda: "Sebaik-baik hari adalah hari Jumaat, kerana pada hari itulah
Adam diciptakan. Pada hari itu pula ia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari
itu juga ia dikeluarkan daripadanya. Dan hari kiamat tidak terjadi kecuali pada
hari Jumaat." (Riwayat Muslim)
Nabi S.A.W. juga ada
bersabda: ………."Dan sedekah pada hari itu (Jumaat) lebih mulia dibanding
hari-hari selainnya". (Riwayat Ibnu Khuzaimah)
Terima Kasih.
Wassalam.