Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM1,550 / 28.18 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,500
70 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Firman Allah SWT dalam Surah al-Muzzammil, ayat 20 yang
bermaksud: “Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan
untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah,
sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahala-Nya.”
Orang yang sentiasa bersedekah akan mendapat naungan pada hari akhirat kelak. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa ada tujuh golongan manusia yang mendapat naungan Arasy Allah di akhirat kelak.
Itu termasuk mereka yang bersedekah dengan tangan kanannya dan menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.
Sebagai makluman, kaedah PdPR yang diaktifkan semula bagi sesi persekolahan pada bulan lalu lalu dilihat sebagai kaedah terbaik ketika ini bagi mengekang peningkatan kes COVID-19, namun ibu tidak boleh berpeluk tubuh sebaliknya perlu berusaha membantu mereka supaya tidak tercicir dalam pelajaran terutamanya melalui pembelajaran secara maya.
Dengan sumbangan peranti telefon pintar ini, sekurang-kurangnya dapat melancarkan pembelajaran anak dan membolehkan mereka menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru masing-masing.
Kami mensasarkan beberapa orang penerima peranti ini antaranya mereka yang mempunyai adik beradik yang ramai bagi memudahkan urusan PdPR mereka di rumah agar tidak ketinggalan dalam pembelajaran. Semoga sumbangan Tuan/Puan dapat memberikan hadiah dan sinar buat mereka yang memerlukan.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Jul 19, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jul 19, 2021
MOHD YUNUS BIN DAWOOD
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 19, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 19, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Jul 19, 2021