Kami mensasarkan beberapa orang penerima peranti ini antaranya mereka yang mempunyai adik beradik yang ramai bagi memudahkan urusan PdPR mereka di rumah agar tidak ketinggalan dalam pembelajaran.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Muzzammil, ayat 20 yang
bermaksud: “Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan
untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah,
sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahala-Nya.”
Orang yang sentiasa bersedekah
akan mendapat naungan pada hari akhirat kelak. Rasulullah SAW pernah bersabda
bahawa ada tujuh golongan manusia yang mendapat naungan Arasy Allah di akhirat
kelak.
Itu termasuk mereka yang
bersedekah dengan tangan kanannya dan menyembunyikan amalnya itu sehingga
tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.
Sebagai
makluman, kaedah PdPR yang diaktifkan semula bagi sesi persekolahan pada bulan
lalu lalu dilihat sebagai kaedah terbaik ketika ini bagi mengekang peningkatan
kes COVID-19, namun ibu tidak boleh
berpeluk tubuh sebaliknya perlu berusaha membantu mereka supaya tidak tercicir
dalam pelajaran terutamanya melalui pembelajaran secara maya.
Dengan
sumbangan peranti telefon pintar ini,
sekurang-kurangnya dapat melancarkan pembelajaran anak dan membolehkan mereka
menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru masing-masing.
Kami
mensasarkan beberapa orang penerima peranti ini antaranya mereka yang mempunyai
adik beradik yang ramai bagi memudahkan urusan PdPR mereka di rumah agar tidak
ketinggalan dalam pembelajaran. Semoga sumbangan Tuan/Puan dapat memberikan
hadiah dan sinar buat mereka yang memerlukan.