Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

WILMI BIN WAILEM

3 bulan yang lepas

Pahala sedekah ini saya bahgikan kepada ayah saya yang dah meninggal dan moga saya dapat capai sale rm1 juta dalam satu hari setiap hari. Moga saya menjadi jutawan senyap. Sentiasa sedar akan kewahipan diri menjadi manusia yang bermanfaat untuk manusia lain. Dapat memberikan dana untuk membantu semua orang bermula dari saudara sedarah sayapermudahkan urusan saya dunia akhirat mati dalam iman

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

WILMI BIN WAILEM

3 bulan yang lepas

Murahkan segala rezeki saya moga makin mudah saya nak bahagiakan hidup ibu saya. Sebwlum saya meninggal dunia saya nak gembiralan ahli keluarga saya. Dan moga tercapai cita cota saya nak jadi jutawan yang senyap. Dan boleh dapat sale tang berjuta dalam beberapa jam sahaja. Dan saya sedekahkan semua atas nama ibu dan ayah saya pahalanya untuk mereka

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 bulan yang lepas

Semoga rakyat palestin beroleh kemenangan. Semoga Israel n sekutu2nya hancur dan xkn pernah bangkit lagi..aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MUHAMAD NASIR BIN ABDUL RAZAK

3 bulan yang lepas

Ya Allah, Ini wakaf dr Ku, dr Arwah Ibubapa Ku & dr Ahli KeluargaKu, Murahkan Rezeki Kami & Permudahkan Urusan Kami, Kurniakan Kesihatan yg Baik atas Kami & Sembuhkan Kami dr segala Penyakit, Hindarkan Kami dr segala Musibah, Terangkan hati Kami dlm mempelajari Al-Quran..Aamin3x..Ya Rabbal A’lamin

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 bulan yang lepas

Hasbunallah wanikmalwakil...

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 bulan yang lepas

Semoga ada pahala yg sampai kepada arwah ayah dan arwah ibu. Arwah atok dan arwah nenek belah arwah ayah dan arwah ibu, serta arwah ibu saudaraku (mak mah).

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: