Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

Semoga umat Islam bersatu doa saya dan ahli keluarga kedua-dua ibu bapa saya sihat selalu panjang umur murah rezeki untuk terus membantu

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

Ya ALLAH, angkatlah penyakit kemurungan anak sulung keluarga ini, bukakan hatinya untuk bertaubat dan angkatlah ujian yang berat ini... Minta anak- anak Gaza doakan keluarga Zailan n Sakdiah ni dijauhi drpd gangguan sihir, dan sembuhkan anak -anak kami drpd gangguan sihir dan kemurungan... Aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

Ya Allah wahai Tuhan ku, kau turunkanlah tentera2 malaikat Mu untuk membantu saudara2 ku di Palestin. Lindungilah dan selamatkanlah mereka ya Allah. Ya Allah wahai Tuhan ku, semoga dengan cara aku bersedekah pada hari jumaat yg mulia ini, kau leraikanlah segala kesulitan yang terbuku di dada ku ini ya Allah. Dan makbulkanlah segala hajat2 ku wahai Allah swt. Aamiin ya Mujib. Allahumma aamiin 🤲🏻

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

Free Plastine

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

saya sihat waalfiat dilimpahi rezki cerah masa depan dan dimudahkan semua urusan aminnnn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

YaAllah, beri lah kekuatan n kemenangan kp rakyat Gaza dan hancurkan musuh2 mereka

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: