Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Mira, Singapore
126790085
342566618

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Tolong doakan agar saya diberi kesihatan sembuh dr penyakit dan sedekahkan Alfatiha utk armarhum bapa Hj. Kassim Bin Hj. Alias dan armarhumah bonda Hjh Zainon Binte Ali.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Mohon doakan agar Allah bantu saya selesaikan segala hutang saya.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Rahman Ya Rahim, kau limpahkan rezeki kpda semua insan yg mmhon pertolgan darimu...kerna sesungguhnya Kau Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, ampunkanlah dosa2ku dan murahkan rezekiku agar aku dapat membantu mereka yang memerlukan…Aamiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga kita semua dilimpahi rezeki, dipermudahkan segala urusan dunia akhirat, dirahmati dan diberkati serta dipelihara olehNya sentiasa. Amiin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Sye ibu tunggal yg baru diceraikan suami sbb sakit, Mohon doakan semoga kehidupan sye selepas ini lebih baik dri sebelum ni, dimurahkan rezeki untuk meneruskan kehidupan seterusnya, aminn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: