Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

Ya Allah bantulah bagi memenangkan kami kaum muslimin dan mujahidin di Palestine. insyaAllah, insyaAllah, insyaallah . ampunilah dosa2 kami dan dosa seluruh muslimin dan muslimat, makbulkanlah doa kami yang terdahulu, kini dan akan datang.. ya Allah, ku mohon engkau menerima segala amalan kebaikan kami dan mengampunkan kesalahan dan dosa kami.. insyaAllah, InsyaAllah. insyaAllah makbulkan doa kami

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

Semoga Allaah ampunkan dosa seluruh ahli keluarga ku. Muslimin dan muslimat samada yg masih hidup mahu pun yg telah menemui Mu Allaah.. Aamin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

Permudahkn urusan mereka.. #savepalestien

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

FAZILAH BINTI ABU SAMAH

4 bulan yang lepas

Ya Allah kurniakan ketabahan dan kekuatan iman pada rakyat Palestin menempuh segala ujian yang maha berat ini. Semoga Allah bantu mereka mempertahankan bumi Gaza bumi anbiya dari dirampas oleh yahudi zionis laknatullah ddan golongan kuffar. Kami hanya mampu berdoa untuk mereka dari jauh dan akan sentiasa mengirimkan doa qunut nazilah srnjata yang ampuh. Semoga Allah perkenankan.. .

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NUR AISYAH ABDULLAH

4 bulan yang lepas

Ya Allah mudahkanlah urusan hidupku, anak-anaku, suamiku, ibuku, ahli2 saudara-maraku dan zuriat keturunanku di dunia dan akhirat. kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan akhirat. Aamiinn.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

tlg sampaikn sumbangan ni pd rakyat di Gaza, Palestine. Telus dan amanah ku mohon buat kalian. walau hanya rm30, doa ku mohon semoga rezeki terus mengalir buat kalian, rakyat Palestine Dan ku serta keluarga ku. terima ksh

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: