Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

Doakan semoga mendapat keredhaan Allah... ditempatkan disyurga bersama ahli keluarga....jadikan keluarga bahagia, dimurahkan rezeki.

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

Moga sentiasa mendapat redho Allah, dan mati dalam kalimah tauhid,bahagia bersama org tersayang dunia hingga akhirat

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

‎بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Ya Allah, berikanlah kesihatan yang baik untuk beribadah. Panjangkanlah umurku, suamiku & ahli keluargaku. Kurniakanlah rezeki yang tak putus putus seperti air zam zam buatku, suamiku & ahli keluargaku. Permudahkanlah segala urusan buat diriku, suamiku & ahli keluargaku. Kelak jadikan kami semua & ahli keluarga kami sebagai penghuni syurgaMu. Amin YRA 🤲🏻

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

Ya Allah semoga Kau berkati dan peliharalah mrk di tanah air mrk sendiri. Berilah kekuatan kpd mrk membangunkan semula negara mrk dgn tabah. Juga Ya Allah Kau limpahi rezeki kpd Ku dan penyumbang lain serta permudahkanlah urusan Kami dlm segala hal didunia dan akhirat.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

Ya Allah.. engkau permudahkanlah segala urusan saudara2 ku ini, Lenyapkan kesakitan, kesengsaraan, kedukaan dan pasti hancurkan zionis laknatullah. Aamiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

Sedekah atas nma ibu. Semoga ibu sentiasa sihat dan dlm rahmat Allah selalu. Semoga Gaza mencapai kemenangan dan umat Islam bersatu kerana Allah.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: